Azam mohon maaf atas kesilapannya

Azam mohon maaf atas kesilapannya

AZAM Azih dibuang padang di hujung permainan selepas menerima dua kad kuning. - IHSAN FA THAILAND
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tonggak tengah negara, Nor Azam Azih menganggap komen positif dan negatif yang dilemparkan ke atas dirinya akan menjadi pembakar semangat untuk jadi lebih baik di masa akan datang.

Memohon maaf kepada seluruh peminat bola sepak tanah air atas tindakannya yang menyaksikan skuad Harimau Malaya berputih mata, Azam mengakui dirinya kehilangan fokus pada minit akhir perlawanan.

“Minta maaf semua, saya dah cuba yang terbaik tapi hilang fokus minit akhir. Terima kasih keluarga dan pasukan bagi kata-kata semangat.

“Komen-komen positif dan negatif semua akan jadi pembakar semangat saya untuk jadi lebih baik di masa akan datang,” tulis pemain tengah Sri Pahang FC itu di laman sosial Instagram miliknya.

Susulan permohonan maaf itu, ramai peminat termasuk rakan sepasukan memberi kata-kata semangat agar tidak berputus asa serta jadikan insiden tersebut satu pengajaran berguna buatnya di masa depan.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium 700th Anniversary di Chiang Mai itu, anak didik Kim Pan-gon mara ke pentas final selepas berjaya memenangi penentuan sepakan penalti apabila menang dengan 5-3, setelah kedua-dua terikat 1-1 dalam masa sebenar.

Malaysia terlebih dahulu dihadapan menerusi jaringan Corbin Ong pada minit ke-32 sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan di penghujung perlawanan menerusi jaringan Pansa Hemviboon.

Gol penyamaan Gajah Perang itu diraih hasil kesilapan Azam Azih yang membuat terjahan keras di luar kotak penalti skuad negara dengan dia turut menerima padah apabila dilayangkan kad kuning kedua, sekali gus diperintah keluar padang oleh pengadil perlawanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya