Hubungan makin tegang selepas AS tuduh presiden Cuba laku jenayah - Utusan Malaysia

Hubungan makin tegang selepas AS tuduh presiden Cuba laku jenayah

RAUL CASTRO (kanan) bersama Miguel Díaz-Cane (tengah) di Havana. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAVANA: Presiden Cuba, Miguel Díaz-Canel, menyifatkan tuduhan jenayah oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap pemimpin Revolusi Cuba, Raul Castro sebagai ‘langkah terancang politik’ tanpa sebarang asas undang-undang.

Dalam kenyataan di platform X, Díaz-Canel berkata, tuduhan tersebut ‘hanya mendedahkan keangkuhan dan kekecewaan’ pihak AS berdepan keteguhan revolusi Cuba serta perpaduan kepimpinannya.’

Kenyataan itu dibuat selepas satu panel juri Mahkamah Daerah AS untuk Daerah Selatan Florida membuat tuduhan terhadap Castro atas peranannya dalam mengarahkan insiden tembakan dua pesawat milik kumpulan buangan Cuba di AS yang dinamakan ‘Brothers to the Rescue’ pada 1996.

Tuduhan itu dibuat ketika ketegangan antara pentadbiran Presiden AS, Donald Trump dan kerajaan Cuba semakin memuncak.

Díaz-Canel berkata, dakwaan itu bertujuan semata-mata untuk menambah fail yang mereka-reka bagi mewajarkan kebodohan pencerobohan tentera terhadap Cuba.

Ketika ditanya wartawan mengenai kemungkinan membawa Castro untuk menghadapi tuduhan di Amerika, Pemangku Peguam Negara AS, Todd Blanche menjawab bahawa waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya.

Beliau tidak mengesahkan sama ada AS akan cuba menangkapnya namun berkata: “Kami menjangkakan beliau akan hadir ke sini, sama ada secara sukarela atau dengan cara lain.”

Kelmarin, Pusat Pemerintah Selatan AS mengumumkan melalui media sosial bahawa Kumpulan Serangan Kapal Pengangkut Pesawat Nimitz memasuki Laut Caribbean, diiringi kapal pemusnah USS Gridley dan kapal bekalan USNS Patuxent.

Masa pengumuman itu bertepatan dengan peningkatan tekanan AS terhadap Cuba. Pendapat umum menunjukkan pengerahan Kumpulan Serangan Kapal Pengangkut Nimitz ke Caribbean juga merupakan sebahagian daripada kempen tekanan lebih luas Washington terhadap Cuba.

AS sekian lama mengenakan sekatan ekonomi dan kewangan serta sekatan perdagangan ke atas Cuba.

Selepas melancarkan serangan ketenteraan berskala besar ke atas Venezuela awal tahun ini, AS turut meningkatkan lagi tekanannya terhadap Cuba.

Terdapat juga tafsiran pendakwaan terhadap Castro merupakan taktik pilihan raya Parti Republikan untuk memenangi sokongan pengundi tertentu di Florida menjelang pilihan raya separuh penggal hujung tahun ini.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN