Syafiq, Gabriel hadirkan kejutan perak di Birmingham

Syafiq, Gabriel hadirkan kejutan perak di Birmingham

MUHAMMAD Syafiq Puteh (kanan) dan Gabriel Gilbert Daim meraikan kejayaan meraih pingat perak dalam acara 3m papan anjal seirama Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Gabriel Gilbert Daim melakar kejutan di Birmingham hari ini apabila menghadiahkan pingat perak dalam saingan 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki.

Kejayaan itu pastinya mengejutkan kem terjun sendiri kerana mereka turun bukan sebagai pilihan, dan tumpuan utama sebenarnya lebih terarah kepada pasangan berpengalaman, Ooi Tze Liang-Chew Yiwei.

Begitupun, Syafiq-Gabriel berjaya melakukan terjunan yang baik untuk mengumpul 376.77 mata menerusi enam terjunan.


AKSI Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim selepas melakukan terjunan dalam acara 3m papan anjal seirama Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, hari ini. – AFP

Pingat emas dimenangi pasangan tuan rumah, Anthony Harding-David Jack Laugher dengan 438.33 mata, manakala gangsa milik Samuel Fricker-Li Shixin dari Australia menerusi 374.52 mata. Tze Liang-Yiwei hanya mampu menduduki tempat kelima dan terakhir.

Ini pingat pingat perak ketiga buat kontinjen negara di Birmingham selepas Muhammad Erry Hidayat memenanginya dalam saingan angkat berat  73 kilogram dan pingpong berpasukan wanita.

Setakat hari ini, Malaysia sudah memenagi tiga pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya