Provokasi melampau punca penyokong Kelantan naik angin?

Provokasi melampau punca penyokong Kelantan naik angin?

PENYOKONG Perak FC diarah berkumpul di padang selepas berlaku kekecohan dengan objek dibaling ke arah mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Provokasi melam­pau yang dilakukan oleh sekumpulan penyokong Perak didakwa menjadi punca kepada penyokong Kelantan ‘naik’
angin sehingga membawa kepada insiden pergaduhan semasa aksi Liga Perdana melibatkan kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam kelmarin.

Seorang penyokong yang mahu dikenali Yeh, 28, memberitahu, provokasi itu mula berlaku apabila sekumpulan penyokong lawan digelar ‘casual’ mula masuk ke stadium pada babak kedua.

Menurutnya, sepanjang aksi babak pertama Ultras Perak yang berada berhampiran penyokong The Red Warriors (TRW) berada dalam keadaan baik tanpa masalah.

“Masuk sahaja kumpulan ini (casual) mereka mula me­lakukan provokasi yang disifatkan cukup melampau sehingga mencetuskan rasa kurang se­nang penyokong Kelantan.

“Saya ingat provokasi itu akan berhenti sebaik sahaja perlawanan ditamatkan, namun ia masih berlaku walaupun mereka sudah berada di dalam padang,” kata­nya.

Yeh berkata, gelagat penyokong lawan itu boleh dilihat sendiri menerusi perkongsian yang dibuat oleh ‘pemain ke-12’ TRW menerusi laman sosial Facebook.

Katanya, dia mahu pihak berkenaan membuat siasatan lanjut berhubung perkara ini bagi.

Sementara itu Zack, 48, berkata, sejak insiden hitam 2009 lalu penyokong Kelantan sudah mulai matang dan tidak lagi bertindak liar seperti semalam (kelmarin).

Katanya, situasi itu berlaku apabila penyokong pelawat memulakan provokasi luar batasan termasuklah melakukan aksi lucah dan sebagainya.

“Sabar penyokong Kelantan ada hadnya, tetapi tindakan penyokong lawan terlalu melam­pau. Hooligan bukan budaya bola sepak Malaysia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.