KBS sedia bantu skuad hoki dalam dewan

KBS sedia bantu tambah dana hoki negara

MALAYSIA melakar sejarah merangkul kejuaraan hoki dalam dewan Asia di Bangkok, Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi cemerlang skuad hoki negara sejak kebelakangan ini mendorong Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencari jalan untuk membantu sukan itu mendapatkan lebih banyak bantuan kewangan.

Menterinya, Datuk Seri Faizal Azumu berkata, hoki Malaysia berpotensi besar melangkah jauh di peringkat antarabangsa jika Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) diberi bantuan bagi merangka pelan lebih strategik.

Isnin lalu, Malaysia memahat sejarah muncul juara Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia dengan menewaskan juara bertahan, Iran 3-2 menerusi penentuan pukulan penalti pada aksi final di Bangkok.

Skuad wanita turut cemerlang merangkul pingat gangsa dalam kejohanan sama.

SKUAD wanita negara meraih pingat gangsa dalam Piala Asia Dalam Dewan di Bangkok.

Terdahulu, pasukan hoki lelaki kebangsaan berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2023 di Afrika Selatan dan menjadi naib juara Piala Asia tahun ini.

“Kita bangga dengan pencapaian skuad hoki negara (juara Piala Asia Hoki Dalam Dewan). Hoki meningkat dengan begitu baik. Ia membuatkan peminat hoki negara bangga dengan pencapaian mereka.

“Kita menggalakkan syarikat korporat agar bersama kerajaan membantu skuad hoki negara. Mereka boleh menaja pasukan kebangsaan agar dapat bertanding dengan selesa dan tidak tertekan di kejohanan antarabangsa.

“Apa pun KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan sentiasa mencari jalan (memberikan dana kewangan), ” jelas Faizal yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Detik 30 hari Sukan Malaysia (SUKMA) MSN 2022 di Bukit Jalil kelmarin.

AHMAD Faizal Azumu menerima penajaan sempena Sukma 2022 di Bukit Jalil kelmarin.

Sukma MSN 2022 bakal mempertandingkan 31 jenis sukan dengan 426 acara seperti akuatik, badminton, berbasikal, bola sepak, hoki, karate dan silat.

Ia membabitkan lima zon pertandingan antaranya di Kuala Lumpur, Bukit Jalil, Bangi, Shah Alam serta Pulau Langkawi yang bakal menjadi satu-satunya lokasi bagi sukan pelayaran.

Dalam masa yang sama,  maskot Sukma XX MSN 2022 diperkenalkan iaitu ‘Oyen’ yang melambangkan ‘Harimau Malaya’ yang tidak luntur semangat, tabah menghadapi perjuangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya