‘Jangan panggil saya hero’

‘Jangan panggil saya hero’

PENJAGA gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim menepis sepakan penalti pemain Selangor pada separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Sabtu lalu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY PEMBERITA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Penjaga gol Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim enggan dijulang sebagai wira Sang Penyu setelah membantu pasukannya mara ke pentas akhir Piala FA.

Sebaliknya pemain berusia 21 tahun itu menyifatkan kejayaan mengalahkan Selangor di separuh akhir kelmarin, sebagai kejayaan bersama seluruh pasukan.

“Saya tidak menganggap diri saya sebagai wira kerana kami juga bangkit daripada ketinggalan 0-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

“Rakan-sepasukan di semua posisi bekerja keras untuk mendapatkan gol dan kembali dalam permainan. Jadi semua pemain adalah wira TFC,” katanya.

Pemain muda itu berkata. sebelum perlawanan, ayahnya sempat memberi tunjuk ajar menyelamatkan penalti jika per­­lawanan berlanjutan ke penentuan sepakan penalti.

“Alhamdulillah menafikan dua sepakan Selangor dan membantu negeri kelahiran saya ke final Piala FA,” katanya

Dalam aksi tersebut, Rahadiazli berjaya menebus kesilapan ketika tumpas 1-2 kepada Negeri Sembilan, 27 Julai lalu dengan aksi memukau di depan jurulatih negara, Kim Pan-gon yang turut hadir.

Selepas cemerlang menjaga pintu golnya dalam masa tambahan, Rahadiazli menyelamatkan sepakan penalti Aliff Haiqal Lokman dan Yazan Al-Arab untuk membawa TFC ke buat kali pertama sejak 2011.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya