Hasrat Eain Yow, Rachel mara ke separuh akhir musnah

Hasrat Eain Yow, Rachel mara ke separuh akhir musnah

RACHEL ARNOLD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cabaran Malaysia dalam skuasy perseorangan lelaki dan wanita berakhir selepas dua wakil negara, Ng Eain Yow dan Rachel Arnold tumpas kepada lawan masing-masing di suku akhir pada Sukan Komanwel 2022 di Pusat Skuasy dan Hoki Universiti Birmingham, Birmingham, hari ini.

Eain Yow yang diletakkan selaku pilihan 5/8, terpaksa akur dengan pencabar yang lebih handal daripadanya iaitu pemain No. 7 dunia, Joel Makin dari Wales apabila tewas 1-3 dalam permainan yang berlanjutan selama 1 jam 22 minit.

Pemain perseorangan utama Malaysia yang menghuni ranking ke-22 dunia itu berusaha memberikan tentangan sengit setelah tewas 4-11 dalam set pertama dengan kembali bangkit mengikat kedudukan 1-1 menerusi kemenangan 11-9.

Bagaimanapun, Eain Yow gagal mengekalkan rentak yang konsisten dalam dua set berikut apabila tunduk 3-11, 9-11.

NG EAIN YOW

Sementara itu, dalam saingan wanita, Rachel yang turun terlebih dahulu ke gelanggang tidak mampu menandingi kekuatan jaguh No. 8 dunia, Gina Kennedy dari England apabila tumpas straight set 4-11, 2-11, 1-11 hanya dalam masa 17 minit.

Selepas berakhirnya cabaran Malaysia dalam aksi perseorangan, para pemain negara akan kembali turun ke gelanggang, Khamis ini bagi memulakan acara beregu lelaki, wanita dan campuran.

Setelah terlepas peluang meraih sebarang kilauan pingat dalam aksi perseorangan, mampukah barisan pemain negara membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat menerusi acara beregu?

Peluang tersebut sebenarnya ada dalam acara beregu wanita setelah S. Sivasangari yang bergandingan dengan Rachel memenangi gangsa pada Kejuaraan Dunia yang berlangsung di Glasgow, April lalu.

Bagaimanapun, dengan insiden malang yang menimpa Sivasangari apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya, baru-baru ini, menyaksikan Rachel dipasangkan dengan Aifa Azman dan sama ada gandingan baharu itu mampu mencipta kejutan, sama-sama kita nantikan sebaik acara beregu bermula, Khamis ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.