Doakan langkah Azeem makin laju

Doakan langkah Azeem makin laju

Azeem Fahmi
MUHAMMAD AZEEM FAHMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : “Doakan kejayaan saya di separuh akhir dan diharapkan final.”

Itu kata-kata bintang pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi selepas memecah rekod 100 meter (m) kebangsaan pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia, awal pagi tadi.

Pelari berusia 18 tahun itu, berkata fokusnya kini adalah untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi saingan peringkat separuh akhir awal pagi esok dan seterusnya mengintai peluang bagi meloloskan diri ke pusingan akhir.

Berkongsi di ruangan Instastory miliknya, Azeem turut menghargai segala ucapan terima kasih dan sokongan diberikan ke atasnya.

“Terima kasih semua di atas ucapan. Alhamdulillah untuk segalanya. Separuh akhir dan diharapkan final.

“Buat seluruh rakyat Malaysia, hanya satu yang saya minta daripada anda semua iaitu doa dan (berfikiran) positif, itu senjata paling kuat untuk diri ini.

“Insya-Allah, bismillah..doakan kejayaan saya,” jelasnya.

Pelari remaja berusia 18 tahun itu memadam rekod lama milik Khairul Hafiz Jantan, 10.18s, sekali gus melayakkannya ke separuh akhir yang akan berlangsung pada 4.40 pagi esok.

Catatan 10.09s itu juga yang kedua terpantas dalam kalangan 60 peserta di peringkat saringan. Catatan terbaik peringkat awal 100m dilakukan pelari Botswana, Lestsile Tebogo yang mencipta rekod baharu kejohanan, 10s.

Kejayaan Azeem membuktikan dia sudah melupakan insiden di Sukan SEA Hanoi, Mei lalu dan tampak bersedia untuk bergelar atlet pertama Malaysia mencatat masa bawah 10s.

Azeem kini mendahului senarai pelari remaja terpantas Asia, mengatasi atlet Jepun, Hiroki Yanagita, 19, yang memegang catatan 10.16s, diikuti juara Sukan SEA Hanoi, Puripol Boonson (10.19s).  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya