Djokovic mungkin ‘lepas’ masuk Amerika

Djokovic mungkin ‘lepas’ masuk Amerika

NOVAK DJOKOVIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Novak Djokovic yang sebelum ini dibimbangi tidak dapat bermain pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) ekoran keengganan mendapatkan vaksin Covid-19, mungkin berpeluang menyertai kejohanan Grand Slam itu apabila kerajaan AS memberi kelonggaran dalam beberapa perkara.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) yang bertanggungjawab terhadap kesihatan dan ke­selamatan AS memberi kelonggaran dan panduan baharu mengenai penjarakan sosial serta kuarantin.

Kelmarin, CDC mengumumkan untuk menarik balik beberapa sekatan yang dikenakan sebelum ini.

Bermula semalam, individu yang tidak mengambil vaksin akan diberi layanan sama se­perti mereka yang menerima vaksin.

Ini membuka jalan kepada pemain tenis No. 5 dunia, ­Djokovic untuk bermain pada kejohanan yang membuka tirai pada 29 Ogos ini.

Masih segar dengan kejayaan muncul juara Wimbledon, Djokovic bagaimanapun masih perlu menunggu pengesahan daripada penganjur Terbuka AS.

“Jika saya tidak mendapat permit, saya tidak akan pergi. Ia bukan penghujung du­nia,” kata Djokovic ketika ditanya mengenai statusnya untuk ber­aksi di AS.

Djokovic yang merupakan juara Terbuka AS tiga kali ­sebelum ini terlepas untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Austra­lia, Januari lalu kerana enggan mengambil ­vaksin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya