Aidil kekal bimbing Sang Kenari

Aidil kekal bimbing Sang Kenari

AIDIL Sharin Sahak (kiri) bersama pertahanan Kedah, Mohd. Loqman Marzuki dalam sidang akhbar menjelang perlawanan separuh akhir Piala AFC zon ASEAN menentang PSM Makassar di Bali, Indonesia semalam. - IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun Kedah Darul Aman (KDA FC,) mempamer aksi hambar dalam saingan Liga Super dan gagal mempertahankan Piala FA musim ini, khidmat Aidil Sharin Sahak akan dikekalkan sehingga penghujung musim ini.

Keputusan tersebut hadir sehari sebelum Kedah berdepan PSM Makassar pada separuh akhir Piala AFC Zon ASEAN 2022 di Bali, Indonesia, hari ini.

Malah, ia turut menutup khabar angin bahawa pengendali dari Singapura itu akan digantikan dengan bekas jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

“Kita fokus kepada Piala AFC yang akan bermula esok dan fokus kepada semua aspek kejayaan pemain pun perlu diberi tanggungjawab yang lebih besar.

“Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Kejurulatihan pun perlu diberi sokongan, penyokong juga perlu memahami bahawa pasukan Kedah ini pasukan yang baharu dibentuk.

AIDIL Sharin Sahak memantau latihan skuad Kedah di Bali, Indonesia semalam menjelang pertemuan Piala AFC menentang PSM Makassar hari ini. – IHSAN KDA FC

“Di atas padang itu mungkin pemain baharu, muda yang tidak pernah bertanding sebelum ini dan tentulah lebih agresif.

“Jurulatih (Aidil Shahrin) masa lagi diberi amanah yang tinggi untuk mengemudi pasukan beliau dalam keadaan serba kekurangan, pemain baharu dan muda.

“Apa yang disebut (mengenai Cheng Hoe) tadi hanyalah ura-ura semata-mata,” kata Penaung KDA FC, Tan Sri Dr Mohd. Daud Bakar.

Jelasnya lagi, prestasi semasa pasukan ketika ini mungkin dise­babkan kecederaan beberapa pemain utama selain beraksi di luar Alor Setar.

“Kemungkinan Kedah juga agak malang tahun ini apabila dua import mengalami kecede­raan, jadi kita agak sukar dengan banyak cubaan.

“Boleh saya sebut di sini juga mungkin Kedah kurang bernasib baik kerana lapan perlawanan terakhir ini, tujuh away.

“Kita melihat prestasi Liga Super ini, kalau jadi tuan rumah menang, kalau bukan home kalah.

“Banyak lagi pasukan bukan setakat Kedah sahaja tetapi Kedah agak mencabar kerana bermain di luar daripada Stadium Darul Aman sebanyak tujuh perlawanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.