Acara Sukma jadi 'korban' penarikan diri saat akhir

Acara Sukma jadi ‘korban’ penarikan diri saat akhir

AHMAD Shapawi (kiri) pada sesi taklimat dan lawatan delegasi kontinjen negeri menjelang Sukan Malaysia XX MSN 2022 hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bukan mahu mengekang penyertaan lebih banyak acara dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2022, sebaliknya beberapa acara terpaksa digugurkan kerana tidak memenuhi syarat sekurang-kurangnya penyertaan enam negeri.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, perkara ini boleh dielakkan sekiranya negeri-negeri yang mendaftar awal atlet mereka tidak menarik diri pada saat-saat akhir sebelum tarikh tutup.

Katanya, secara dasarnya objektif utama Sukma adalah untuk menggalakkan penyertaan seramai mungkin atlet muda dari seluruh negara bagi diketengahkan dan digilap supaya mampu membawa cabaran di pentas antarabangsa.

Begitupun katanya, peraturan tetap yang digubal Jawatankuasa Tertinggi Sukma mewajibkan setiap sukan dan acara perlu disertai minimum lapan negeri sejak edisi 1986 dan jumlah itu dikurangkan lagi kepada enam negeri bagi kali ini dalam usaha memastikan lebih banyak acara dan atlet dapat bertanding.

Antara sukan menjadi mangsa kepada syarat penyertaan itu adalah olahraga yang mana dimaklumkan enam acara akan dibatalkan berikutan penyertaan tidak mencukupi iaitu hanya membabitkan lima penyertaan.

Antara sukan yang mungkin digugurkan adalah 10,000 meter (m) jalan kaki, lompat bergalah, baling tukul besi, lempar cakera, lontar peluru dan lompat kijang wanita.

“Ia (pengguguran acara) dapat dielakkan jika negeri-negeri yang sudah melakukan pendaftaran awal tidak bertindak menarik diri pada saat akhir sebelum tarikh pendaftaran ditutup.

“Bagaimanapun, Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan sudah mengarahkan MSN bekerjasama dengan Persatuan Sukan Kebangsaan bagi menganjurkan lebih banyak kejohanan kebangsaan demi memastikan semua atlet, termasuk atlet yang tidak dapat beraksi di Sukma beroleh peluang bersaing dalam suasana pertandingan kompetitif.

“Isu ini sememangnya diberikan perhatian serius dengan menteri juga mengarahkan saya mengadakan perbincangan bersama semua Pengarah Majlis Sukan Negeri bagi mencari penyelesaian terbaik yang tidak akan merugikan pembangunan bakat muda sukan negara,” kata Ahmad Shapawi dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya