BTS bakal kembali ke Malaysia selepas 11 tahun - Utusan Malaysia

BTS bakal kembali ke Malaysia selepas 11 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Khabar gembira buat peminat kumpulan K-pop sensasi, BTS yang dikenali sebagai Army apabila syarikat pengurusan mereka, BigHit Music mengesahkan Kuala Lumpur bakal menjadi antara destinasi konsert jelajah kumpulan itu.

BTS yang dianggotai tujuh ahli iaitu RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook dijadual mengadakan konsert BTS World Tour Arirang di Malaysia selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Disember tahun ini.

Berita tersebut dikongsikan penganjur, Live Nation Malaysia menerusi satu hantaran di aplikasi media sosial hari ini.

“BTS akan datang ke Malaysia Disember ini. Kepada peminat, jangan lupa tandakan tarikh tersebut dalam kalendar anda kerana inilah saat yang dinantikan,” katanya.

Kemunculan semula BTS sekali gus mengubat kerinduan peminat selepas kesemua anggota kumpulan itu selesai menjalani latihan khidmat negara. Difahamkan, BTS juga bakal melancarkan single terbaharu pada Mac depan.

Selain Malaysia, antara negara Asia Tenggara lain yang turut tersenarai dalam siri jelajah itu ialah Thailand, Indonesia, Hong Kong dan Manila.

Harga tiket pula dilaporkan bermula daripada RM338, manakala maklumat lanjut mengenai penjualan tiket dijangka diumumkan bermula 3 Jun ini.

Kali terakhir BTS mengadakan konsert di Malaysia adalah pada tahun 2015 menerusi BTS Live Trilogy Episode II: The Red Bullet Tour. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN