Suhaili dilantik menjadi Naib Presiden ISTAF

Suhaili dilantik sebagai Naib Presiden ISTAF

SUHAILI ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (MASTAF), Datuk Suhaili Abdul Rahman dipilih sebagai Naib Presiden Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dalam kongres badan induk di Bangkok kelmarin.

Suhaili dipilih berdasarkan kepimpinannya menerajui MASTAF dan badan antarabangsa itu menaruh kepercayaan terhadap Suhaili untuk meningkatkan lagi pembangunan sepak takraw di peringkat tempatan dan antarabangsa.

MASTAF yang sebelum ini dikenali sebagai Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC) diterima menjadi ahli ISTAF pada April, menggantikan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang dilucutkan keahliannya pada Mac.

“Saya yakin kepimpinan MASTAF akan terus menyinar selepas diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Sepak Takraw Dunia Bawah 21 tahun yang akan dianjurkan pada minggu kedua Jun 2023. Venue pertandingan dicadangkan sam ada di Kuala Lumpur atau Sabah,” katanya dalam kenyataan itu.

Selain itu, tiada perubahan di pucuk kepimpinan ISTAF apabila Jeneral Dr. Charouck Arirachakaran dari Thailand mengekalkan jawatannya sepenggal lagi untuk 2022/2026 selepas menang besar dengan 32 undi mengatasi pencabarnya Karen Claire T. Caballero dari Filipina yang hanya memperoleh empat undi.

Bagi dua jawatan timbalan presiden pula menjadi milik Boonchai Lorhpipat dari Thailand dan Gum Yeon Goo dari Korea Selatan selepas masing-masing menang tanpa bertanding.

Dalam ucapan perasmian Kongres, Abdul Halim turut mengumumkan bahawa Istaf turut menjadi ahli Persekutuan Persatuan Sukan Antarabangsa Global (GAISF), Perikatan Ahli Sukan Bebas yang Diiktiraf (AIMS), Persekutuan E-Sport Global (GEF) dan Ahli Persatuan Sukan Antarabangsa untuk Semua (TAFISA).

Abdul Halim turut memaklumkan kepada Kongres bahawa sepak takraw dimasukkan oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) dalam Sukan Asia Jepun 2026, Doha 2034 di Qatar dan Riyadh 2034 di Arab Saudi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya