Pochettino mahu AS 'generasi emas' ubah sejarah Piala Dunia

Pochettino mahu AS ‘generasi emas’ ubah sejarah Piala Dunia

Ketua jurulatih Amerika Syarikat, Mauricio Pochettino memerhatikan aksi sebelum perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Portugal di Stadium Mercedes-Benz, Atlanta, Georgia pada 31 Mac 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Skuad Amerika Syarikat (AS) kini memasuki Piala Dunia 2026 dengan status berbeza apabila generasi baharu yang digelar ‘generasi emas’ mula meletakkan harapan tinggi untuk mencipta kejutan di pentas dunia.

Pasukan tuan rumah bersama itu tidak lagi dilihat sebagai pasukan pelengkap jadual selepas perkembangan pesat bola sepak negara tersebut sejak menganjurkan edisi 1994.

Ketua jurulatihnya, Mauricio Pochettino menegaskan bahawa meskipun skuadnya tidak memiliki pemain dalam kelompok elit dunia, keyakinan dan impian besar mampu menjadi pemangkin kepada kejayaan di gelanggang sendiri.

“Saya di sini kerana saya percaya kita boleh menang. Kenapa bukan kita? Kami perlu percaya bahawa kami mampu di sana,” kata Pochettino.

Barisan pemain muda AS kini semakin menyerlah di Eropah apabila nama seperti Christian Pulisic, Weston McKennie dan Tyler Adams menjadi tonggak di kelab elit masing-masing.

Turut mencuri perhatian ialah peningkatan prestasi pemain seperti Timothy Weah yang terus berkembang di pentas tertinggi Eropah sejak kempen Piala Dunia lalu.

Namun begitu, cabaran sebenar tetap menanti apabila prestasi tidak menentu menentang pasukan gergasi dunia masih menjadi persoalan utama kemampuan AS untuk melangkah jauh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN