Penyokong Nacional pujuk Suarez pulang ke Uruguay

Penyokong Nacional pujuk Suarez pulang ke Uruguay

PENYOKONG Nacional, memasang kain rentang ‘Dia tidak tiba, dia pulang’ dalam kempen memujuk Luis Suarez kembali ke pangkuan kelab Uruguay itu ketika perlawanan di Montevideo semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTEVIDEO: Selepas 16 tahun berkelana di Eropah, pe­nyerang Uruguay, Luis ­Suarez dijangka pulang menyertai kelab lama­nya, Nacional di Montevideo.

Suarez, 35, sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kelab seperti Borussia Dortmund dan pasukan Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat selepas kontraknya bersama Atletico Madrid tamat musim lalu.

“Jika ada peluang untuk dia (Suarez) kembali, saya akan lakukan yang terbaik, memberi segala perhatian serta kasih ­sayang yang dia berhak terima.

“Saya akan melayaninya d­engan baik seperti mana dia sepatutnya terima.

“Pintu Nacional sentiasa terbuka, anda hanya perlu beritahu kami apa yang anda mahukan, dan kami amat berbesar hati membawanya pulang.

“Saya masih menanti jawapan Suarez memandangkan dia sudah berjanji akan memberi kata putus dalam dua atau tiga hari lagi,” kata Presiden ­Nacional, Jose Fuentes.

Desas-desus Suarez akan kembali bersama Nacional mencetus keterujaan peminat sehingga mereka melancarkan kempen di media sosial dengan tanda pagar #SuarezANacional.

Kempen itu diteruskan di stadium kelmarin apabila 15,000 penyokong Nacional memakai topeng Suarez dan menyanyikan lagu sebagai penghormatan buatnya ketika pasukan itu me­layan kunjungan Cerrito di Estadio Gran Parque Central.

LUIS SUAREZ

Suarez memulakan kariernya di Nacional pada usia 14 tahun sebelum menyertai kelab Belanda, Groningen dan Ajax.

Liverpool berjaya menaikkan karier Suarez sebelum ia berkembang ke Barcelona dan Atletico. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya