Norde penyelamat Melaka United

Norde penyelamat Melaka United

PENYERANG Melaka United, Ifedayo Olusegun Omosuyi (tengah) dicabar dua pemain PJ City dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kelebihan bermain di tempat sendiri gagal dimanfaatkan oleh Melaka United apabila sekadar seri 2-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Tuan rumah seharusnya mengucapkan terima kasih kepada jaringan penyamaan penyerang import dari Haiti, Sony Norde, 14 minit sebelum tamat perlawanan jika tidak skuad Hang Tuah menutup aksi tanpa mengutip sebarang mata.

Keputusan seri 2-2 itu masih tidak merubah kedudukan Melaka untuk terus berada di tangga kelapan liga, sekadar mengutip 13 mata daripada 11 perlawanan.

PJ City yang mengutip 11 mata berada di tangga kesembilan.

Gol-gol Melaka dijaringkan Emmanuel Oti pada minit ke-36 dan Sony Norde pada minit ke-76, manakala PJ City meledak jaringan melalui Darren Lok di minit ke-44 dan K. Gurusamy pada minit ke-64.

Seawal minit ke-13, tuan rumah mencemaskan pintu gol pelawat apabila percubaan Mohd. Sukri Baharun tersasar ke kanan pintu gol.

Ujian getir menanti Melaka apabila berdepan Johor Darul Ta’Zim (JDT) dalam saingan suku akhir Piala FA
di gelanggang sendiri, Sabtu ini.

Bagaimanapun, gol yang dicari berhasil dicipta menerusi rembatan cantik pemain import dari Ghana, Emmanuel Oti pada minit ke-36.

Gol berpunca menerusi hantaran daripada Ifedayo Olusegun, Oti yang menyambut bola itu lantas mengelecek dua pertahanan PJ City sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz.

Tersentak dengan gol awal itu anak didik jurulatih, P. Maniam mengandakan asakan menerusi gandingan serangan S.Kumaahran, Mohd. Khyril Muhymeen dan Darren Lok tetapi sukar menembusi benteng pertahanan tuan rumah.

Jaringan pendahuluan buat Melaka United tidak mampu bertahan lama, tidak sampai tujuh minit selepas itu PJ City berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-44.

Gol berpunca daripada kesilapan pertahanan tuan rumah, Muhammad Syazwan Andik yang menampan bola di kawasan kotak penalti.

Bola tampanan itu bergolek di kaki penyerang PJ City, Darren Lok yang mudah menolak masuk menewaskan penjaga gol, Tian Keat See.

Bagaimanapun, PJ City meledakkan jaringan kedua menerusi rembatan luar kotak penalti ketua pasukan K. Gurusamy pada minit ke-64.

Skuad Hang Tuah yang tersentak dengan gol kedua pelawat cuba menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan.

Penantian tuan rumah untuk mengikat kedudukan akhirnya berjaya disempurnakan dengan sepakan lencong paling menarik oleh pemain import dari Haiti, Sony Norde pada minit ke-76. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya