‘Masih rasa bagai mimpi’

‘Masih rasa bagai mimpi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penantian lapan tahun Nur Dhabitah Sabri untuk memenangi pingat di Kejohanan Dunia akhirnya tercapai apabila berjaya me­rangkul pingat pertama dalam pertandingan tersebut.

Pingat itu hadir menerusi acara 10 meter (m) platform seirama bersama gandingannya, Datuk Pandelela Rinong,semalam.

Aksi yang berlangsung di Budapest, Hungary itu me­nyaksikan Dhabitah dan Pandelela meraih gangsa selepas mengutip 298.68 mata, manakala pasa­ngan China, Chen Yuxi-Quan Hongchan menepati ramalan memenangi emas dengan 368.40 mata.

Sementara itu, pingat perak milik pasangan Amerika Syarikat, Delaney Schnelle dan ­Katrina Young mengutip 299.40 mata.

“Masih rasa bagai mimpi memenangi pingat pertama pada Kejohanan Dunia. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai rakan gandingan yang baik untuk membantu mengharungi saingan ini.

“Saya juga tidak boleh me­lakukannya tanpa bimbingan jurulatih selain pasukan soko­ngan di venue pertandingan dan penyokong yang menakjubkan di tanah air,” kata Dhabitah.

Ini pingat pertama Dhabitah di Kejohanan Dunia selepas gagal menaiki podium dalam edisi 2015, 2017 dan 2019.

Bagi Pandelela, ia gangsa kedua peribadinya pada edisi kali ini selepas turut meraih gangsa acara individu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya