Main 10 orang, raih satu mata cukup bagus

Main 10 orang, raih satu mata cukup bagus – Rezal

Rezal Zambery Yahya memuji semangat juang tinggi pemain Kelantan FC yang masih mampu mengikat JDT II 1-1 biarpun beraksi dengan 10 pemain dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin. - IHSAN TRW KELANTAN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Rezal Zambery Yahya memuji komitmen pemain walaupun hanya mampu meraih satu mata ketika menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dalam aksi Liga Perdana kelmarin.

Ketua Jurulatih Kelantan FC itu berkata, semangat juang pemain The Red Warriors (TRW) wajar dipuji apabila mengikat lawan 1-1 biarpun mengharungi 54 minit permainan dengan 10 orang selepas pemain tengah, Jasmir Mehat dibuang padang pada minit ke-36.

“Memang sukar bermain dengan 10 pemain sejak awal minit perlawanan dan saya gembira kerana pemain saya menunjukkan kesungguhan serta disiplin yang tinggi sehingga berjaya mengikat pasukan lawan dengan keputusan seri.

“JDT II pasukan yang bagus dan kita dapat mengimbangi kekuatan mereka walaupun kekurangan seorang pemain,” kata Rezal.

 

REZAL Zambery Yahya memuji semangat juang tinggi pemain Kelantan FC yang mengikat JDT II 1-1 biarpun beraksi dengan 10 pemain. – IHSAN TRW KELANTAN FC

Rezal berkata, biarpun kekurangan pemain, TRW tetap berjaya mencipta peluang untuk menambah jaringan.

Kelantan memulakan aksi dengan baik apabila membuka jaringan menerusi Norshamil Abd. Ghani minit ke-19, namun mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Jasmir menerima kad kuning kedua gara-gara menendang belakang pemain lawan, Aysar Hadi yang terjatuh di depannya.

Daryl Sham Georger kemudian meledak gol penyamaan JDT II pada minit ke-50, sekali gus menafikan tiga mata yang diimpikan tuan rumah.

Sedar kesilapan yang dilakukan telah membawa masalah kepada pasukan, Jasmir kemudian memohon maaf secara terbuka kepada penyokong TRW di Facebook.

PERMOHONAN maaf Jasmir Mehat di Facebook.

 

 

“Saya ingin memohon maaf kepada penyokong The Red Warriors atas insiden yang berlaku pada perlawanan petang tadi (kelmarin).

“Tiada niat langsung untuk bebankan pasukan yang saya wakili, saya cuma manusia biasa dan ada masa kita buat salah juga.

“Saya akan perbaiki dan kawal emosi saya di atas padang, sekali lagi saya ingin memohon maaf di atas perbuatan saya,” tulisnya.

Kebanyakan penyokong Kelantan menyalahkan pemain tengah itu kerana gagal mengawal emosi sehingga membawa padah pada pasukan sendiri.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya