Kim Swee tak mahu 'sentuh' pengadil

Kim Swee tak mahu ‘sentuh’ pengadil

FERNANDO Forestieri meraikan gol kemenangan JDT pada waktu kecederaan. – IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee kecewa dengan kekalahan 1-2 pasukannya pada saat akhir kepada pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi sengit di Stadium Likas kelmarin.

Bagaimanapun, Kim Swee tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana menganggap ia sebahagian permainan dan akan memastikan Sang Badak kembali bangkit.

“Ia amat mengecewakan tewas pada minit terakhir. Sangat sukar diterima. JDT bermain seperti biasa dan kita berjaya mengekang mereka tetapi sepakan percuma memisahkan Sabah FC dan JDT.

“Saya perlu melihat kembali insiden sepakan percuma itu. Kita perlu melihatnya dari sudut lebih luas. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana ia sebahagian permainan. Kita juga perlu me­ngawal diri terutama ketika saat akhir perlawanan.

ONG KIM SWEE

“Ia sungguh mengecewakan tetapi kita tidak boleh menafikan JDT pasukan yang baik. Mereka bermain mengikut perancangan sejak dari awal permainan.

“Kita perlu belajar daripada mereka dan bangkit dengan minda yang betul,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Dalam aksi itu, pe­ngadil, Mohd. Fusser Mad Sallih memberi sepakan percuma di luar kotak penalti kepada JDT pada minit ke-94 yang berjaya disempurnakan Fernando Forestieri untuk gol kemenangan.

Tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati pemain Sabah hingga menimbulkan ke­tegangan apabila Jose Embalo dilihat bertindak di luar kawalan terhadap pemain JDT.

Ditanya berhubung pengadil perlawanan, Kim Swee berkata, beliau mungkin didenda atau permainan ditamatkan jika memberikan komen terhadap pengadil kerana ia adalah isu yang sangat sensitif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya