Harimau Kumbang baham Tok Gajah

Harimau Kumbang baham Tok Gajah

PENYERANG Penang FC, Lucas Espandola da Silva (kanan) dijatuhkan penjaga gol Sri Pahang, Mamadao Samassa, namun tidak diberikan sepakan penalti pada suku akhir Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Keputusan Sri Pahang melantik Dollah Salleh sebagai ketua jurulatih interim, mengambil alih tugas Christophe Gamel nyata tidak membuahkan hasil apabila pasukan itu dimalukan 2-5 oleh Penang FC pada suku akhir Piala FA di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.

Sri Pahang bermula garang apabila tidak menunggu lama memecah kebuntuan bagi mendahului pelawat melalui tandukan pemain import, Steven Rodriguez pada minit ke-11.

Gol itu bagaimanapun tidak melemahkan semangat anak buah Zainal Abidin Hassan untuk turut melancarkan beberapa siri serangan ke arah gol Sri Pahang.

Penang FC akhirnya dihadiahkan sepakan penalti selepas penjaga gol, Mamadou Samassa menjatuhkan pemain lawan dalam kawasan gol.

Bagaimanapun Sri Pahang bernasib baik apabila pengadil, S. Logaswaran menarik semula keputusan itu selepas mendapat pandangan pengadil kedua perlawanan.

Minit ke-19, penyokong Sri Pahang sekali lagi meraikan jaringan oleh pemain pertahanan, Mohd. Azuan Ariffin selepas berjaya menjaringkan gol ke dua perlawanan.

Bagaimanapun pemain pelawat, T. Saravanan berjaya menewaskan Samassa pada minit-minit akhir separuh masa pertama menjadikan kedudukan 2-1.

Pada minit ke-86, Hilal Alhelwe berjaya menewaskan Samassa untuk mengikat kedudukan seri 2-2.bagi meneruskan perlawanan ke masa tambahan selama 30 minit.

PENJAGA gol Sri Pahang, Mamadao Samassa (kanan) gagal menangkap kemas percubaan Penang FC, sekali gus memberi jaringan buat lawan. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF

Anak-anak buah Zainal Abidin hanya memerlukan enam minit sebaik masa tambahan bermula untuk mendapat dua gol melalui Espendola Lucas dan Hilal bagi mendahului tuan rumah 4-2.

Nasib malang Sri Pahang berterusan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Manuel Hidalgo dilayangkan kad merah minit ke-104.

Penang FC menambah derita Sri Pahang apabila K. Thivandaran menewaskan Samassa buat kali kelima, sekali gus melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA.

Penang FC akan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada separuh akhir bulan depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN