fbpx

26 Jun 2022, 10:31 pm

  TERKINI

Tiga import sah milik Perak

(Dari kiri) STIPE Plazibat, Sunday Kolawole Afolabi dan Luciano Guaycochea pada majlis menandatangani kontrak dengan Perak FC di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiga pemain import sah milik Perak apabila memeterai ikatan dengan pasukan Bos Gaurus petang tadi.

Tiga pemain itu ialah Stipe Plazibat dari Republic Croatia, Luciano Guaycochea dari Argentina dan Sunday Kolawole Afolabi dari Nigeria.

Majlis menandatangani kontrak dilakukan di bilik mesyuarat Menara SSI, Ipoh sebentar tadi di hadapan Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sementara, Bobie Farid Shamsuddin, Yusri Che Lah serta barisan pegawai XOX Berhad.

“Kehadiran tiga pemain ini diharap dapat memantapkan lagi pasukan dalam usaha memburu kedudukan lima terbaik dalam Liga Perdana.

“Ketika ini Perak berada di tangga tercorot dengan -3 mata dan perlu mengutip banyak mata daripada baki sembilan perlawanan sekaligus layak ke Piala Malaysia,” katanya kepada pemberita.

Mohd. Azim yakin trio itu mampu mengukuhkan pasukan berdasarkan kemampuan mereka selaku pemain profesional.

Katanya, pemain-pemain itu dicadangkan kepada Perak FC oleh ejen dan selepas membuat semakan mengenai latar belakang mereka, Perak FC bersetuju mengambil mereka

“Mereka mengikat kontrak sehingga akhir musim dengan pilihan menyambungnya tahun hadapan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI