Itali rakan strategik penting Malaysia di benua Eropah

Itali rakan strategik penting Malaysia di benua Eropah

ANWAR Ibrahim berjabat tangan dengan Timbalan Perdana Menteri Itali, Antonia Tajani yang juga Menteri Luar ketika menerima kunjungan hormat di Rom, semalam. – PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan meneruskan usaha bagi mele­barkan jaringan yang boleh di­terokai bagi memberi nilai tambah pada negara, kali ini menerusi komitmen bersama pihak Itali.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke negara itu, beliau yakin rangkaian pertemuan itu dapat memacu perdagangan dan membuka limpahan pe­luang baharu demi kesejahte­raan rakyat Malaysia serta seluruh warga Asean.

“Kunjungan ini terjelma atas jemputan rakan sejawat saya, Perdana Menteri Giorgia Meloni lantas mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Itali berteraskan prinsip serta semangat persahabatan, keyakinan dan saling hormat.

“Malaysia melihat Itali sebagai rakan strategik penting di benua Eropah dan kita komited untuk memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan serta sektor peralihan tenaga,” katanya.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, jelasnya lagi, kunjungan tersebut akan dapat memperkukuh nilai pada sisi hubungan rantau Asia Tenggara dan Eropah dalam landskap geopolitik dan geoekonomi yang terus mencabar.

“Saya yakin lawatan ini akan membuka lembaran baharu yang lebih dinamik, menghasilkan manfaat yang konkrit serta melonjak hubungan Malaysia dan Itali ke tingkat yang cemerlang dan terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyarankan Diaspora Malaysia luar negara memainkan peranan sebagai duta kecil di persada antarabangsa bagi merebut peluang untuk memperkukuh ilmu, kemahiran serta jaringan.

Katanya, pendekatan itu membolehkan mereka me­nyumbang kembali kepada negara.

“Dalam pertemuan penuh makna ini, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi pelbagai usaha, dasar dan ikhtiar Kerajaan Madani dalam memperjuangkan kebajikan rakyat serta hala tuju masa depan negara.

“Saya tegaskan bahawa diaspora Malaysia merupakan aset penting sebagai duta kecil yang membawa nama negara di persada antarabangsa. Justeru, saya titipkan pesan agar mereka terus merebut setiap peluang dan ruang untuk memperkukuh ilmu, kemahiran dan jaringan, demi menyumbang semula kepada tanah air,” katanya.

Lebih 50 rakyat Malaysia yang menetap di Itali hadir majlis tersebut. Turut serta Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Selain itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut hadir dalam program yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN