fbpx

29 Jun 2022, 9:16 am

  TERKINI

Stadium Shah Alam bukan isu ‘remeh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sering menjadi bahan sindiran peminat pasukan lain gara-gara Red Giants tidak memiliki stadium sendiri, Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC) mahu pihak berkenaan segera bertindak memperbaiki Stadium Shah Alam yang ibarat ‘hidup segan mati tak mahu’.

Presiden ASFC, Mohd. Faizal Wahid berkata, stadium tersebut yang satu ketika pernah dipenuhi 80,000 penonton ­ketika zaman kegemilangannya sepatutnya menjadi gelanggang kebanggaan Selangor FC, pasukan yang memiliki sejarah hebat dalam bola sepak tempatan.

Katanya, ASFC bercadang ­untuk mengadakan perhimpunan aman bagi menyuarakan pandangan mereka mengenai Stadium Shah Alam yang satu ketika menjadi lambang kebanggaan negeri Selangor dan pasukan Red Giants.

PEMANDANGAN udara Stadium Shah Alam yang kini kelihatan usang. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

“Jangan sampai dimamah usia dan hilang ditelan zaman. Kalau tidak bermula dari sekarang sampai bila perkara ini akan diatasi?

“Sebagai penyokong dan rakyat Selangor, kami marah ­serta kecewa, malah malu de­ngan penyokong-penyokong pasukan lain yang memiliki stadium sendiri yang sempurna.

“Mungkin kami akan me­ngadakan perhimpunan aman bagi menyuarakan kebimbangan dan kekecewaan melihat Stadium Shah Alam ketika ini,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

STADIUM Shah Alam pada zaman ‘kegemilangannya’ digunakan untuk kejohanan Piala Asia 2007.

Semalam akhbar ini turut melaporkan kekecewaan bekas bintang Selangor, Shahril Arsat melihat keadaan Stadium Shah Alam yang ibarat menunggu untuk rebah ke bumi.

Kata Shahril, sebagai pasukan yang digelar King of Malaya dengan deretan kejuaraan dimenangi, malah masih meme­gang rekod juara Piala Malaysia terbanyak (33 kali), Selangor sepatutnya menjadi peneraju dalam bola sepak tempatan de­ngan memiliki stadium sendiri yang hebat.

POPULAR

KOSMO! TERKINI