'Saya pun tak faham kenapa De Paula dipanggil'

‘Saya pun tak faham kenapa De Paula dipanggil’

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (dua, kiri) dalam pertemuan bersam penyokong JDT malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak faham mengapa Harimau Malaya tetap menyenaraikan Guilherme de Paula.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut mempersoalkan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membawa masuk dua pemain naturalisasi, De Paula dan Liridon Krasniqi.

Katanya, membuka peluang buat pemain naturalisasi bagi menyarung jersi skuad Harimau Malaya adalah langkah baik, namun pemilihan pemain dilihat kurang tepat.

Katanya lagi, De Paula dan Liridon tidak sepatutnya dipanggil oleh pengendali negara, Kim Pan-gon dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023 di Bukit Jalil awal bulan ini kerana kedua-duanya jarang beraksi bersama kelab.

Guilherme De Paula

“Saya pun tidak faham mengapa jurulatih (Kim Pan-gon) ambil Guilherme De Paula dan apa sebab dia terpilih. Saya dekat sini (di JDT) pun tidak menggunakan dia. Bagi saya, beliau (Pan-gon) perlu ada sikap lebih tanggungjawab dan bukan setakat ambil sesiapa sahaja daripada kelab ini.

“Saya rasa itu silap Persatuan Bolasepak Malaysia untuk menjadikan De Paula dan Liridon Krasniqi sebagai projek jangka masa pendek. Itu adalah satu kesilapan daripada pihak mereka,” katanya dalam pertemuan bersama penyokong JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

 

LIRIDON KRASNIQI

De Paula dan Liridon antara tiga tonggak naturalisasi yang dimiliki Harimau Malaya, selain Mohamadou Sumareh yang terlebih dulu direkrut pada 2018.

Dalam kempen Kelayakan Piala Asia baru-baru ini, Liridon digugurkan pada saat akhi, manakala De Paula dikekalkan tetapi gagal memberi impak kepada pasukan, biarpun Malaysia berjaya melayakkan diri secara merit buat kali pertama sejak 42 tahun lalu.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya