Nur Dhabitah mungkin bawa Jalur Gemilang di Birmingham

Nur Dhabitah mungkin bawa Jalur Gemilang di Birmingham

NUR Dhabitah Sabri membawa Jalur Gemilang mengetuai perbarisan dalam upacara pembukaan Sukan SEA ke-31 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketiadaan pemain No. 19 dunia, S. Sivasangari yang terpaksa menarik diri daripada Sukan Komanwel setelah terbabit dalam  kemalangan jalan raya, Ahad lalu memaksa Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) menyusun kembali pemain yang beraksi pada temasya yang akan bermula pada penghujung Julai ini di Birmingham.

Bintang muda negara, Aifa Azman yang sebelum ini dipertaruhkan dalam acara perseorangan wanita dan beregu campuran, akan mengisi kekosongan Sivasangari yang berpasangan dengan Rachel Arnold untuk beregu wanita.

Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dikhabarkan mungkin mengisi tugas sebagai pembawa Jalur Gemilang menggantikan Sivasangari dalam majlis pembukaan temasya empat tahun sekali itu.

Nur Dhabitah sebelum ini turut diberi pengiktirafan membawa Jalur Gemilang dalam upacara pembukaan Sukan SEA Hanoi bulan lalu, elain menyalakan obor Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

AIFA AZMAN

Pemain No. 28 dunia, Aifa pada awalnya beraksi dalam dua acara iaitu beregu campuran bergandingan bersama Syafiq Kamal dan juga perseorangan.

Pengarah SRAM, Mejar (B) S. Maniam berkata, Syafiq akan beralih fokus kepada perseorangan dan beregu lelaki berpasangan dengan Ong Sai Hung.

“Untuk acara beregu campuran pula, Addeen Idrakie dan Noor Ainaa Amani Ampandi akan menggalas tanggungjawab tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kelmarin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaporkan bahawa seorang wanita cedera di kepala dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Lebuhraya Express Maju pada pukul 3.46 pagi.

Wanita yang dilaporkan cedera itu, kemudiannya disahkan adalah Sivasangari yang kini menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Menurut Maniam, satu lagi slot untuk acara perseorangan wanita selain Aifa dan Rachel akan diberi kepada Chan Yi Wen.

“Walaupun kita kehilangan khidmat Sivasangari, SRAM tidak bercadang untuk menambah pemain baharu dibawa ke Birmingham,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya