Pendapatan RM13,000 di bandar boleh jatuh ke M40, B40

Pendapatan RM13,000 di bandar boleh jatuh ke M40, B40

Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengkelasan T20 atau M40 perlu mengambil kira perbelanjaan serta tanggungan wajib bagi mengelak kesan tidak diingini.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tafsiran bagi memisahkan kategori pendapatan itu perlu dilaksanakan secara berhati-hati.

Beliau berkata, pendapatan isi rumah RM13,000 yang tinggal di bandar seperti Kuala Lumpur dan mempunyai lima anak masih belajar boleh jatuh ke kategori M40 atau B40.

Katanya, Mara mengambil kira semua itu sebelum meluluskan sebarang pembiayaan.

“Contohnya apabila pasangan kedua-duanya guru dengan gaji RM6,500. Bila digabungkan menjadi pendapatan isi rumah RM13,000 tinggal di bandar-bandar besar, anak tiga orang universiti atau kolej, tiga lagi anak bersekolah. Cuba kira perbelanjaan mereka?” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Hantaran Asyraf yang juga Setiausaha Agung UMNO itu meraih perhatian warganet dengan rata-rata menyifatkan langkah penarikan subsidi petrol RON95 bagi T20 memerlukan kajian rapi sebelum pelaksanaan.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan sedang me­neliti kriteria kumpulan ber­­pendapatan tinggi iaitu T5, T10, T15 dan T20 khususnya ber­kaitan garis pemisah pendapa­tan, sebelum pelaksanaan sub­sidi bersasar petrol RON95 dapat diperincikan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nas­r­ullah Mohd. Nasir berkata, ca­dangan itu telah dibincangkan da­lam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) su­sulan pengumuman Perdana Menteri mengenai keperluan me­nyasarkan semula subsidi – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN