JDT sudah 'level' lain

JDT sudah ‘level’ lain

JDT semakin disegani di pentas dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan me­reka berada dalam kelas tersendiri apabila bakal me­nerima pelaburan bernilai 8 juta euro (RM37.24 juta).

Jumlah pelaburan untuk tempoh tiga tahun itu bakal membabitkan syarikat luar negara dan ia didedahkan sendiri pemilik Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada penyokong mereka kelmarin.

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (dua, kiri) dalam pertemuan bersam penyokong JDT malam tadi.

“Berkenaan nilai komersial, JDT ada peningkatan jumlah penajaan dan kami sedang tunggu kertas kerja daripada kerajaan untuk berikan kelulusan kerana ia melibatkan syarikat luar negara.

“Mereka ingin membuat pelaburan bersama JDT selama tiga tahun, jumlahnya ialah 8 juta euro. Perkara ini, kami tidak boleh dedahkan lagi, ia menunjukkan pengiktirafan kepada JDT dan Johor.

“Kami sudah berkolaborasi dengan UNICEF dan Nike. Nike juga akan sambung kontrak mereka, banyak penaja buat penilaian rapi dan percaya kepada potensi JDT,” kata Tunku Ismail dalam sesi bersama penyokong JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Mengulas lanjut, Tunku Ismail berkata, syarikat sukan terkemuka dunia, Nike turut menjemput JDT ke ibu pejabat mereka di Amerika Syarikat (AS) bagi menandatangani kontrak lanjutan.

JDT kini semakin disegani di pentas antarabangsa.

“Sebagai pemilik kelab ini, saya berasa bosan kerana saya sudah tahu reka bentuk jersi pasukan sehingga 2027. Untuk tahun hadapan jersi cantik tetapi untuk 2024 adalah jersi yang pa­ling saya suka.

“Tahun 2024 reka bentuk untuk ketiga-tiga jersi sangat menarik, lebih dekat dengan JDT dan Johor,” katanya.

Selain UNICEF dan Nike, an­tara jenama antarabangsa lain yang turut bekerjasama de­ngan JDT ketika ini termasuk HUBLOT, SWAG Electric Vehicle dan Subway.

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut memaklumkan akan terus mengendalikan JDT seperti yang dititahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Sepuluh tahun saya ingat nak berehatlah sikit tetapi saya menjunjung titah Tuanku. Tuanku nak suruh saya jadi KSM (Kerja Sampai Mati), bermakna sampai bila-bilalah saya akan ada dalam JDT,” kata Tunku Ismail.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya