Sampai bila sepak takraw kita di belakang Thailand?

Sampai bila sepak takraw kita di belakang Thailand?

AKSI pemain Malaysia (kuning) ketika menentang Thailand dalam saingan regu lelaki pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, minggu lalu. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilihan 80 peratus pemain muda ke Sukan SEA 2021 di Vietnam baru-baru ini adalah kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan barisan kejurulatihan skuad sepak takraw negara.

Bekas pemain kebangsaan, Suhairi Sulaiman berkata, bagi sepak takraw, Sukan SEA adalah temasya kedua terbesar selepas Sukan Asia dan Malaysia seharusnya menurunkan barisan terkuat, bukan mempertaruhkan pemain muda.

“Situasi sepak takraw berbeza dengan dengan badminton, bo­ling atau sukan lain yang tahapnya lebih tinggi.

“Bagi sepak takraw, Sukan SEA temasya besar kerana pencabar terkuat kita ada di situ iaitu Thailand dan kita juga tidak beraksi sehingga tahap Olimpik,” katanya kepada ­Mingguan Malaysia semalam.

Menurut Suhairi, Thailand, hanya membawa dua pemain muda, selebihnya senior berpengalaman, malah ada yang berusia 30 tahun ke atas.

SUHAIRI SULAIMAN

“Kuasa besar seperti Thailand menunjukkan pada kita bahawa Sukan SEA tidak boleh dibawa main-main, ini gelanggang terbesar buat sepak takraw .

“Kita tidak, hanya membawa pemain muda yang tiada langsung pengalaman di pentas antarabangsa,” tegasnya.

Malaysia menutup kempen di Hanoi minggu lalu dengan membawa pulang tiga pingat perak acara berpasukan, regu dan beregu.

Skuad negara yang diharap meraih sekurang-kurangnya sebutir emas dalam saingan beregu yang tidak disertai Thailand bagaimanapun tumpas kepada Indonesia.

Thailand sebaliknya meneruskan dominasi dengan merangkul tiga emas dalam saingan berpasukan, regu serta berempat (quard).

Suhairi memberitahu, skuad yang dibentuk pada Sukan SEA 2019 di Manila sepatutnya dikekalkan dan jika ada perubahan pun hanyalah seorang atau dua orang pemain muda diterbangkan ke Vietnam.

Katanya, mengekalkan pemain berpengalaman itu pen­ting bagi mengenali kekuatan dan kelemahan lawan setiap kali mereka bertemu di pentas antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya