Harga emas jatuh ke paras terendah dalam dua bulan

Harga emas jatuh ke paras terendah dalam dua bulan

GAMBAR fail jongkong emas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: Harga emas merosot ke paras terendah dalam tempoh dua bulan hari ini apabila tindakan ketenteraan baharu Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran mengukuhkan nilai dolar AS serta mendorong kenaikan harga minyak, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap tekanan inflasi dan prospek kadar faedah yang lebih tinggi.

Setakat pukul 11.36 GMT, harga emas spot susut 1.05 peratus kepada AS$4,495.092 (RM 17,825.29) seauns selepas mencatatkan paras terendah sejak 26 Mac.

Sementara itu, niaga hadapan emas AS bagi penghantaran Jun turun 1.4 peratus kepada AS$4,386 seauns. 

Pengukuhan dolar AS ke paras tertinggi dalam tempoh seminggu turut menjadikan emas lebih mahal kepada pelabur yang menggunakan mata wang lain.

Penganalisis kanan StoneX, Matt Simpson berkata, ketegangan geopolitik masih berada pada tahap tinggi dan rundingan damai setakat ini belum memberikan petunjuk yang jelas.

Menurutnya, keadaan itu dijangka terus menyokong kekuatan dolar AS, sekali gus memberi tekanan kepada harga emas dalam tempoh terdekat.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera AS dilaporkan melancarkan serangan terhadap sebuah tapak ketenteraan di Iran yang didakwa mengancam keselamatan pasukan AS serta laluan perkapalan komersial di Selat Hormuz.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN