PM ucap tahniah kepada kontinjen negara

PM ucap tahniah kepada kontinjen negara

SASARAN pingat emas ke-36 Malaysia hadir melalui acara karate kumite berpasukan lelaki di Gimnasium Ninh Binh, Hanoi hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia di Sukan SEA Vietnam kerana berjaya mencapai sasaran mengutip 36 pingat emas.

Ismai Sabri dalam hantaran di laman Facebooknya juga menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet Keluarga Malaysia dalam temasya sukan dwitahunan itu.

“Tahniah! Kita telah berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas menerusi skuad karate negara di Sukan SEA Vietnam.

“Bagi yang tidak berjaya membawa pulang pingat, tidak mengapa, kita sebagai sebuah Keluarga Malaysia sentiasa menyokong kalian.

“Kepada atlet yang masih berjuang, ayuh kita tambah lagi jumlah pingat kita,” kata Perdana Menteri.

Hantaran Perdana Menteri di laman Facebooknya

Semalam, Malaysia berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas yang telah ditetapkan menerusi acara kumite berpasukan lelaki yang dibarisi S Prem Kumar, Sureeya Sankar dan R Sharmendran yang menewaskan Indonesia 3-0 pada aksi final.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya