fbpx

Muay thai cipta kejutan, hadiahkan emas ke-39

ATLET remaja berusia 18 tahun, Ahmad Nor Iman Aliff beraksi cemerlang dalam saingan muay thai untuk menghadiahkan emas terakhir Malaysia di Vietnam.

HANOI: Jaguh muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib melakukan kejutan apabila menghadiahkan emas ke-39 Kontinjen Malaysia pada aksi terakhir sebelum Sukan SEA Vietnam melabuhkan tirai secara rasmi esok.

Meskipun membuat kemunculan pertama di temasya dwitahunan tersebut, juara remaja dunia 2021 menampilkan perlawanan cukup bertenaga untuk mengatasi lawan tuan rumah, Huynh Hoang Phi dalam kategori Lelaki Elit Bawah 54kg.

Atlet Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff ketika beraksi dalam acara akhir Muay Thai 54kg menentang atlet Muay Thai Vietnam Huynh Hoang Phi pada Sukan SEA ke-31 di Bacninh Gymnasium hari ini.

Ketinggian yang dimiliki Nor Iman memberi kelebihan kepada jaguh 18 tahun itu untuk meraih kemenangan 30-27 (10-9,10-9,10-9) dalam pertarungan tiga pusingan. UTUSAN ONLINE

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!