Harimau Malaya B-23 inspirasi futsal untuk berdepan Thailand

Harimau Malaya B-23 inspirasi futsal untuk berdepan Thailand

PASUKAN futsal negara turun dengan misi mengejutkan Thailand dalam aksi pembukaan Sukan SEA hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Kejayaan skuad bola sepak mengejutkan Thailand dalam aksi pembukaan bola sepak Sukan SEA, Sabtu lalu menjadi inspirasi pasukan futsal negara untuk melakar kejutan serupa apabila berdepan gergasi dari Siam itu dalam aksi pembukaan di Gimnasium Ha Nam, Phu Ly hari ini.

Di atas kertas, Thailand menjadi pilihan untuk menang kerana memenangi kesemua empat pingat emas yang dipertanding pada 2007, 2011, 2013 dan 2017, manakala pencapaian terbaik Malaysia hanyalah muncul naib juara di temasya Kuala Lumpur 2017 dan Korat 2007.

Apa pun status dimiliki pasukan lawan, jika aksi terbaik mampu diterjemahkan anak buah Chiew Chun Yong dalam perlawanan tersebut, tentu sekali keputusan baik akan memihak kepada Malaysia.

Enggan terus dihantui ‘mimpi ngeri’ apabila terkandas di peringkat kumpulan kejuaraan Futsal AFF 2022, bulan lalu, anak buah Chiew Chun Yong diharapkan setidak-tidaknya dapat mengulangi pencapaian 2017 di laman sendiri dengan meraih pingat perak.

PASUKAN futsal negara mendengar amanat Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin semalam.

Bagi ketua pasukan, Khairul Effendy Bahrin, mengakui berdepan penyandang pingat emas dan lawan yang mengalahkan mereka 2-4 di saingan AFF bulan lalu bukan perlawanan yang mudah.

“Setakat ini Alhamdulillah semua pemain berada dalam disiplin dan fokus pada tahap tinggi walaupun kami sedia maklum Thailand bukan lawan yang mudah.

“Sebenarnya di AFF sebelum ini kami berjaya memberi saingan sengit dengan Thailand. Insha Allah bagi aksi sulung bertemu mereka di Sukan SEA ini kami berazam memberikan persembahan sehabis baik.

“Thailand mungkin akan menggunakan taktik dan hadir dengan kekuatan sama, tapi kami harus kekal fokus sehingga tamat perlawanan. Jika kami sedikit lalai terutama pada lima minit terakhir mereka akan sentiasa mempunyai peluang untuk mengambil kesempatan,” kata pemain berusia 34 tahun itu.

Saingan futsal di Sukan SEA 2021 dijalankan secara round robin membabitkan lima negara, Thailand, Malaysia, tuan rumah, Vietnam, naib juara AFF, Indonesia dan Myanmar.

Jika gagal bermula dengan cemerlang skuad futsal negara bakal berdepan aksi sukar pada perlawanan kedua Sabtu ini apabila berdepan tuan rumah.

Aksi ketiga adalah menentang Indonesia lawan yang mengalahkan mereka 1-5 pada saingan peringkat kumpulan AFF di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya