Luqie, Hadi Fayyadh dapat panggilan skuad Sukan SEA

Luqie, Hadi Fayyadh dapat panggilan skuad Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Luqman Hakim Shamsudin dan Hadi Fayyadh Abdul Razak tersenarai dalam 31 pelatih skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan yang dipanggil menyertai kem latihan pusat bagi persiapan ke Sukan SEA Viet­nam.

Bagaimanapun, hasrat peminat untuk menyaksikan pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi beraksi di Sukan SEA tidak kesampaian apabila Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 itu tidak tersenarai.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan memaklumkan, 31 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Brad Maloney bagi menyertai kem latihan pusat bermula Selasa ini di UM Arena, Kuala Lumpur.

Daripada senarai itu, Maloney memanggil 19 pemain dari skuad 23 pemain yang telah membawa Malaysia layak ke Piala Asia B-23 2022 selepas muncul juara Kumpulan J dalam saingan kelayakan di Ulaanbaatar, Mongolia pada 25 hingga 31 Oktober tahun lalu.

Turut tersenarai dua pemain lain dari skuad yang beraksi pada Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja pada 14 hingga 26 Februari lalu iaitu Ubaidullah Shamsul Fazili (Skuad Projek FAM-MSN) dan A. Selvan (Negeri Sembilan).

Baki 10 lagi pemain yang turut dipanggil kali ini ialah Danial Asri, Syahir Bashah dan Aliff Haiqal (Selangor), Daryl Sham dan Ahmad Aysar Hadi (JDT II), Rahadiaz­li Rahali (Terengganu FC), Muslihuddin ‘Atiq dan Safwan Mazlan (Terengganu FC II), Haqimi Azim Rosli (KL City) serta pemain kelab Jepun, Azul Claro iaitu Hadi Fayyadh.

Mereka dijadual mengadakan dua Perlawanan Antarabangsa Tier 2 bertemu Timor-Leste B-23 pada 29 April 2022 dan Filipina B-23 pada 1 Mei 2022.

Maloney kemudian akan menamakan senarai akhir 20 pemain ke Sukan SEA dan skuad B-23 kebangsaan dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang ke Hanoi, Vietnam pada 4 Mei. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya