Jerman ajar Malaysia 10-0

Jerman ajar Malaysia 10-0

PEMAIN Jerman meraikan jaringan ketika membelasah Malaysia dalam perlawanan Piala Dunia Remaja Wanita di Johannesburg, Afrika Selatan hari ini. - IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Langkah sulung Malaysia dalam kejohanan hoki Piala Dunia Remaja Wanita bermula serba sumbang apabila dibelasah 10-0 oleh Jerman di Potchefstroom, Johannesburg, Afrika Selatan hari ini.

Kekalahan besar seperti itu pastinya bukan sesuatu yang dimahukan oleh pasukan negara,  namun pengendalinya, Nasihin Nubli Ibrahim menerima hakikat bahawa Malaysia masih cetek pengalaman.

Skuad negara ketinggalan seawal minit kelima menerusi Kresken Aina, sebelum pemain itu meledak satu lagi gol padang pada minit kesembilan, dalam suku masa pertama perlawanan.

Pada babak kedua, Kresken Aina tampil sekali lagi melakukan hatrik pada minit ke-21 menerusi jaringan padang, disambung oleh rakan sepasukannya, Stoffelsma Lilly menerusi pukulan sudut penalti seminit selepas itu.

Tersentak dengan empat jaringan dalam 30 minit pertama perlawanan pastinya memberi tekanan kepada skuad kebangsaan untuk sekurang-kurangnya menghasilkan satu gol, namun usaha berterusan daripada pasukan Jerman terus berjaya menggagalkan anak buah Nasihin untuk bangkit menebus mata.

Bersambung dalam suku ketiga perlawanan, Jerman meledak tiga lagi menerusi Fleschutz Jetter pada minit ke-19, Strauss Sara pada minit ke-40 dan Stoffelsma Lilly pada minit ke-42 dengan ketiga-tiganya adalah jaringan padang.

Sebaik sahaja babak terakhir berlangsung, Jerman terus menghasilkan jaringan kelapannya pada minit ke-46 oleh Bleuel Jule sehinggalah baki perlawanan hanya tinggal lebih kurang 10 minit, Neumann Verena dan Schwabe Sophia masing-masing menutup permainan dengan gol padang pada minit ke-53 dan minit ke-59. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya