Harimau Selatan lakukan apa saja untuk layak

Harimau Selatan lakukan apa saja untuk layak

BERGSON Da Silva meraikan jaringannya ketika membantu JDT menumpaskan Guangzhou FC dalam perlawanan Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melakukan apa sahaja untuk menjinakkan juara dua kali, Ulsan Hyundai FC buat kali kedua esok dalam misi memahat sejarah melayakkan diri ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL) buat kali pertama.

Harimau Selatan berjaya melepasi objektif awal selepas menewaskan wakil China, Guangzhou FC 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin untuk merampas kembali kedudukan pendahulu.

Penyerang sensasi mereka, Bergson Da Silva berkata, pasukan akan berehat secukupnya bagi mempersiapkan diri dari secara mental dan fizikal untuk bertemu Ulsan Hyundai esok.

Katanya, impian untuk melakar sejarah dalam saingan ACL terletak dalam tangan JDT sendiri bagi memastikan Ulsan Hyundai rebah Kali kedua.

BINTANG tengah JDT, Nazmi Faiz Mansor (tengah) menggelecek pertahanan Guangzhou, Feng Yifan dalam perlawanan Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

“Kami bersedia untuk menjadi sebahagian daripada sejarah dan segalanya akan ditentukan pada perlawanan menentang Ulsan Hyundai nanti.

Kami cukup bermotivasi untuk mencurahkan aksi terbaik di atas padang nanti,” ujar Bergson yang meledak gol kemenangan JDT ketika menumpaskan Hyundai 2-1 minggu lalu.

Sementara itu, pengendali Harimau Selatan, Benjamin Mora berkata, kemenangan ke atas Guangzhou tidak mudah diraih berbanding ketika mereka mem­belasah kelab China tersebut 5-0 pada 15 April lalu kerana lawan bermain secara bertahan dengan formasi 5-4-1.

“Kami berdepan kesukaran untuk tembusi benteng pertahanan mereka kerana mereka cukup padat dalam ruang lingkup 30 meter di zon mereka.

“Kami dikerah berusaha lebih keras dengan meningkat tempo permainan dan mempelbagai variasi serangan, bagaimanapun sedikit kelegaan apabila misi mengutip tiga mata tercapai.

“Saya gembira dengan keputusan ini, objektif pertama kami sudah tercapai dalam usaha untuk menghidupkan peluang untuk melakar sejarah pertama kali melangkah ke pusingan kalah mati ACL,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya