Penyu buat Perlis menangis - Utusan Malaysia

Penyu buat Perlis menangis

PEMAIN Perlis Vipers menunggu servis yang dilakukan tekong Terengganu dalam aksi Divisyen 1, STL 2021/2022 hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terengganu Turtles mengetepikan cabaran Perlis Vipers apabila menang 2-0 dalam aksi Kumpulan B, Divisyen 1 pada kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.

Dalam aksi set pembukaan, perlawanan berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling mengejar mata sebelum Terengganu meraih kemenangan 24-22.

Perlawanan yang dijangka sengit sebagaimana set pertama, bagaimanapun, tidak berlaku dalam set kedua apabila skuad Pantai Timur yang dibimbing oleh Mohd. Futra Abd. Ghani itu mudah menutup permainan dengan kemenangan 21-6. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya