TAHUN ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia wajar dirasakan lebih daripada sekadar acara tahunan yang dipenuhi kibaran Jalur Gemilang, perarakan dan laungan patriotik.
Dalam suasana dunia yang semakin tidak menentu, kedua-dua sambutan sepatutnya menjadi ruang untuk rakyat Malaysia benar-benar menghargai satu perkara yang sering dianggap biasa iaitu ‘keamanan’.
Keamanan sebenarnya bukan sesuatu yang kekal selama-lamanya. Ia boleh hilang dalam sekelip mata apabila pertikaian politik, perebutan kuasa dan kepentingan geopolitik bertukar menjadi konflik bersenjata.
Apa yang berlaku di Iran sepanjang tahun ini memberikan gambaran betapa pantas sebuah negara boleh terjerumus ke dalam kancah peperangan. Konflik yang tercetus selepas serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran pada Februari berkembang menjadi perang yang berlarutan.
Dengan serangan peluru berpandu, dron dan gangguan terhadap laluan perdagangan utama. Kesan konflik itu juga tidak terhad kepada Iran kerana beberapa negara di rantau Teluk turut terdedah kepada serangan dan ketegangan keselamatan.
Lebih membimbangkan, perkembangan terbaharu menunjukkan Arab Saudi juga berdepan ancaman yang semakin serius. Serangan dron terhadap saluran paip minyak East-West menyebabkan operasi laluan penting itu terganggu manakala serangan kumpulan Houthi terhadap sasaran di Arab Saudi meningkatkan lagi ketegangan serantau.
Semalam, gabungan diketuai Arab Saudi turut menyatakan sebuah dron Houthi dipintas berhampiran Mekah. Bayangkan jika situasi sedemikian berlaku di Malaysia.
Sekolah terpaksa ditutup. Lapangan terbang dan pelabuhan terganggu. Bekalan makanan serta bahan api pasti terjejas.
Aktiviti ekonomi yang selama ini berjalan seperti biasa boleh terhenti. Perkara yang kita anggap remeh seperti keluar bekerja, menghantar anak ke sekolah, menikmati makanan di kedai atau pulang ke kampung mungkin tidak lagi boleh dilakukan tanpa rasa bimbang.
Ketika itu, kita mungkin mula memahami bahawa kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan. Kemerdekaan juga bermakna kita mempunyai ruang untuk menentukan masa depan sendiri tanpa hidup dalam ketakutan terhadap ancaman perang.
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini perlu meninggalkan kesan yang lebih mendalam. Jangan sampai patriotisme hanya muncul ketika lagu Negaraku dimainkan atau Jalur Gemilang dikibarkan dan hilang apabila perayaan berakhir.
Kita mempunyai perbezaan politik, agama, kaum dan pandangan mengenai pelbagai isu. Namun, semua perbezaan itu tidak sepatutnya menjadi alasan untuk merosakkan kestabilan negara.
Apa yang berlaku di Asia Barat menjadi peringatan bahawa keamanan tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang automatik. Ia perlu dipelihara melalui kebijaksanaan, perpaduan, institusi yang kukuh dan sikap menghormati perbezaan.
Apabila Jalur Gemilang dikibarkan tahun ini, biarlah kita melihatnya bukan sekadar simbol kemerdekaan tetapi tanda bahawa kita masih mempunyai sesuatu yang amat berharga untuk dipertahankan. Keamanan yang dinikmati hari ini mungkin kelihatan biasa tetapi apabila ia hilang, barulah manusia sedar betapa mahal harganya.
Hadi Ab. Manap ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Dunia bergolak, Malaysia perlu beringat

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved