KETIKA ini semua orang bercakap tentang bagaimana Sadio Mane mengecewakan rakan baiknya di Liverpool, Mohamed Salah untuk membantu Senegal menjulang Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) buat kali pertama. Di Senegal, penyerang berusia 29 tahun itu diangkat sebagai wira selepas sepakan penalti terakhir yang diambil membantu Senegal menumpaskan Mesir di Cameroon 7 Februari lalu. Begitupun, Mane tidak hanya disanjung kerana kehebatannya sebagai bintang bola sepak, malah sifat mulia, rendah diri dan pemurah…










