Malaysia Airlines, FAM bangga 'terbangkan' Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Malaysia Airlines, FAM bangga ‘terbangkan’ Harimau Malaya

PESAWAT Airbus 330-300 yang akan menerbangkan pasukan Harimau Malaya setiap kali bertanding di luar negara. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG : Biarpun sudah beberapa kali skuad senior dan muda kebangsaan diterbangkan untuk mengharungi tugasan antarabangsa, namun baru hari ini Malaysia Airlines Berhad (MAB) secara rasmi melancarkan pesawat livery khas yang memaparkan lambang Harimau Malaya.

Pesawat Airbus 330-300 mula diguna pakai oleh skuad negara sejak Oktober 2020 selepas termenterai kontrak lanjutan sebagai rakan penerbangan rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi tempoh tiga tahun lagi.

Badan induk itu akan terus ‘terbang’ bersama syarikat penerbangan nasional tersebut sehingga 2023 selepas perjanjian yang dimeterai selama dua tahun bermula 2019 sebelum ini berakhir pada 31 Disember 2020.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin percaya kerjasama ini akan terus terjalin erat pada masa akan datang dan sudah tentu perkara ini menjadi antara faktor pemangkin semangat buat skuad kebangsaan apabila menjalankan tugas antarabangsa.

“Sudah tentu pasukan sentiasa pergi ke mana-mana kejohanan untuk menang. Dengan memiliki pesawat seperti ini, ia menyuntik motivasi untuk pemain.

PRAMUGARI Malaysia Airlines di majlis tajaan ‘livery’ khas Harimau Malaya pada pesawat Airbus 330-300 Malaysia Airlines di KLIA, Sepang hari ini. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

“Kita di pihak FAM sangat berbesar hati dengan MAS dan diharap akan ada kerjasama lebih kuat pada masa akan datang.

“Ia juga merupakan sumber inspirasi kepada pasukan kebangsaan yang menantikan perlawanan kelayakan Piala Asia pada Jun nanti. Terima kasih Malaysia Airlines kerana terus memberi sokongan kepada bola sepak negara,” katanya dalam sidang akhbar Pelancaran Rasmi Livery Pesawat Airbus 330-300 Harimau Malaya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Kapten Izham Ismail menegaskan kerjasama ini bukan berlandaskan kepada perniagaan tetapi keutamaan sebagai tanggungjawab untuk sukan negara.

“Pesawat livery pesawat Harimau Malaya edisi khas ini, mempamerkan dua jenama nasional yang dikenali, disayangi dan disokong oleh rakyat Malaysia di seluruh dunia.

“Kami sebagai pembawa bendera Malaysia, di mana Malaysia Airlines dan FAM mempunyai tanggungjawab untuk memainkan peranan dalam mewakili Malaysia di peringkat tertinggi.

“Selepas ini, kami akan menerbangkan skuad Bawah 23 tahun (kebangsaan) ke Phnom Penh, Kemboja untuk bersaing dalam Kejohanan AFF Bawah 23 tahun (dari 14 hingga 26 Februari ini),” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya