Zii Jia serah surat rayuan kepada BAM - Utusan Malaysia

Zii Jia serah surat rayuan kepada BAM

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan hari ini susulan tindakan badan induk itu tidak akan mendaftarkannya menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun.

BAM dalam satu kenyataan berkata, mereka akan meneliti rayuan juara All England itu bagi mencari penyelesaian terbaik.

Menurut badan induk itu, mereka sedar kemelut yang melanda ketika ini memberi kesan mendalam bukan sahaja kepada komuniti badminton tetapi rakyat Malaysia.

“Kami memahami kekecewaan terhadap persatuan. Situasi ketika ini amat mencabar dan mendapat perhatian semua pihak daripada ahli politik sehinggalah pemain antarabangsa.

“Kami menghargai semua komen, kritikan dan maklum balas yang ditujukan kepada kami. Kami akan mengambil maklum segala luahan rakyat Malaysia.

“Sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab, kami mempunyai proses dan prosedur yang mesti dipatuhi. Tindakan Majlis BAM adalah berdasarkan prosedur rasmi berdasarkan maklumat yang disampaikan kepada mereka.

“Bagaimanapun, penting untuk dijelaskan bahawa keputusan ini bukanlah tidak boleh dirayu. Dalam sejarah institusi kami, semua pemain mempunyai hak untuk merayu berhubung keputusan dibuat oleh majlis dan BAM akan menelitinya secara menyeluruh.

“BAM berada di sini untuk melindungi bukan sahaja sukan itu sendiri tetapi pemain, nilai dan standard terbaik bagi mewakili negara kita yang tercinta,” kata BAM dalam satu kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa pada 18 Januari lalu selepas dia bertindak untuk meninggalkan skuad kebangsaan bagi bergerak secara profesional.

Tindakan sama turut dikenakan ke atas bekas juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei berkuat kuasa 31 Oktober 2021. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya