Syahmi tak tahan 'godaan' JDT - Utusan Malaysia

Syahmi tak tahan ‘godaan’ JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bekas pemain Selangor, Syahmi Safari mengakui tidak mampu menahan godaan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menjadi sebahagian daripada keluarga pasukan yang terbesar di Malaysia itu.

Berita mengenai perpindahan pemain berusia 23 tahun itu diumumkan menerusi sebuah video yang dikongsikan di Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, sebentar tadi.

Menerusi tayangan video berdurasi satu minit itu, pemain bek kanan itu menyatakan bersedia untuk menyahut cabaran baharu bersama Harimau Selatan untuk mencapai kejayaan sebagai pemain bola sepak.

“Terdapat hanya satu destinasi dalam bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim dan saya kini berada di sini.

“Saya tidak boleh mengatakan tidak kepada kelab terbesar di Malaysia. Ini adalah cabaran untuk saya melangkah ke depan dan mencapai kejayaan sebagai pemain bola sepak,” katanya dalam video berkenaan.

Dalam video tersebut, kelihatan Syahmi menaiki limosin mewah memasuki Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri sebelum kehadirannya disambut Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards.

Anak kelahiran Kuala Selangor itu adalah pemain pertama yang ditandatangani JDT sebagai persediaan untuk memperkuat jentera pasukan menghadapi saingan Liga Super musim 2022.

Syahmi yang kebiasaannya bermain di posisi bek kanan turut mampu beraksi sebagai pemain sayap kanan.

Berkhidmat bersama skuad Selangor bagi tempoh lima tahun, Syahmi menjaringkan 11 gol dalam 80 penampilan bersama Gergasi Merah itu.

Syahmi juga mempunyai 23 caps bersama skuad Harimau Malaya dan mencipta satu jaringan sepanjang tempoh itu.

Dia bakal menyarung jersi bernombor 91 bagi saingan musim ini bersama JDT yang akan bertemu Kuala Lumpur City FC pada 26 Februari bagi aksi pembukaan Piala Sumbangsih.

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.