Saya tak gembira langsung – Bruno - Utusan Malaysia

Saya tak gembira langsung – Bruno

Philippe Coutinho (tengah) meraikan jaringan penyamaan Aston Villa ketika mengikat Manchester United 2-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Villa Park, Birmingham semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Bruno Fernandes menegaskan, dia langsung tidak gembira selepas Manchester United mensia-siakan kelebihan dua gol apabila diikat 2-2 oleh Aston Villa semalam.

Red Devils tampak akan menamatkan permainan dengan tiga mata selepas mendahului 2-0 menerusi Bruno Fernandes seawal minit keenam dan ke-67.

Bagaimanapun skuad bim­bingan Ralf Rangnick keciciran mata selepas Jacob Ramsey dan Philippe Coutinho meledak dua gol penyamaan pada minit ke-77 serta 81.

“Saya langsung tidak gembira. Sudah tentu semua orang akan gembira jika menjaringkan gol, saya juga begitu tetapi saya mahu menang.

“Saya rela menukar dua jari­ngan tersebut dengan orang lain asalkan kami dapat tiga mata. Kemenangan lebih penting.

“Hari ini tidak masuk akal kerana kami sepatutnya menamatkan perlawanan dengan kemenangan,” kata Fernandes, yang mengakui pasukannya dihukum oleh serangan balas.

BRUNO Fernandes (tengah) meraikan jaringan pembukaan Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Villa Park, Birmingham semalam. – AFP

Keciciran mata menyukarkan peluang United untuk mencabar kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris.

Sementara itu, Anthony Martial menafikan dakwaan Rangnick dia enggan diturun­kan dalam pertemuan itu.

“Dia (Martial) tidak mahu ­berada dalam skuad.

“Dia boleh berada dalam pasukan tetapi dia tidak mahu dan sebab itulah dia tidak bersama kami,” kata Rangnick dalam ­sidang akhbar.

Balas Martial menerusi Instagram: “Saya tidak pernah menolak untuk bermain buat Manchester United.

“Sudah tujuh tahun saya ber­ada di sini. Tidak pernah saya tidak menghormati dan tidak akan sesekali tidak menghormati kelab dan penyokong,” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya