PM umum peruntukan RM10 juta untuk FAM - Utusan Malaysia

PM umum peruntukan RM10 juta untuk FAM

ISMAIL Sabri Yaakob (kiri) bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat FAM di Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerima berita gembira selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan akan menyumbangkan RM10 juta sebagai sokongan ke arah pembangunan mutu bola sepak negara.

Ismail Sabri dalam ucapannya berkata, kerajaan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik bagi membantu serta menyokong untuk menaikkan mutu bola sepak negara.

Katanya, tanggungjawab dalam membangunkan bola sepak negara bukan hanya terletak di bahu FAM, malah semua pihak termasuk kerajaan.

“Peta Hala Tuju atau F:30 yang dilancarkan pada 2018 pula adalah simbol kesungguhan FAM melaksanakan pelan menyeluruh ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara bola sepak yang disegani.

“Sasaran utama F:30 adalah menjadikan pasukan negara antara lima yang terbaik di Asia menjelang 2030.

“Bagi menunjukkan sokongan kerajaan kepada pembangunan bola sepak negara, saya mengumumkan kerajaan akan menyumbangkan sebanyak RM10 juta kepada FAM, tahun ini,” katanya dalam Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat Baharu FAM di Presint 5, di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya