MUSA pertahan Hamidin terajui FAM - Utusan Malaysia

MUSA pertahan Hamidin terajui FAM

SULAIMAN Md. Ali (lima dari kiri) berucap merasmikan Kongres MUSA ke-66 di Hotel MITC, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tiada sebab untuk Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin meletakkan jawatan hanya kerana kegagalan skuad Harimau Malaya di Kejohanan Piala AFF 2020 di Singapura bulan lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, desakan oleh warganet itu dianggap tidak berasas sama sekali kerana hanya melihat kepada satu kegagalan hingga sanggup mendesak Hamidin meletakkan jawatan.

Beliau yang juga Ketua Menteri menegaskan, MUSA berpendirian teguh menyokong Hamidin untuk terus mengemudi FAM dan wajar diberi kepercayaan dan peluang untuk mengemudi badan induk bola sepak negara.

Ujarnya, beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap warganet yang mudah mendesak seseorang itu meletakkan jawatan, hanya kerana satu kegagalan tanpa melihat kegagalan skuad kebangsaan daripada pelbagai sudut.

“Netizen boleh cakap apa sahaja mereka nak cakap tetapi sampai mendesak Hamidin meletakkan jawatan itu adalah tidak wajar dan tidak berasas sama sekali.

“Semua orang boleh beri pandangan tetapi janganlah kerana satu kali gagal, beliau (Hamidin) gagal semuanya. Seperti jurulatih bila gagal sekali kita sepatutnya bagi peluang kedua,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kongres MUSA ke-66 di Hotel MITC, Ayer Keroh di sini hari ini.

HAMIDIN MOHD. AMIN

Sulaiman berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan warganet selepas kegagalan Malaysia mencapai sasaran ke final Piala AFF 2020, yang menyaksikan Tan Cheng Hoe membuat keputusan drastik meletak jawatan sebagai ketua jurulatih.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, kegagalan di Piala AFF tidak boleh dipersalahkan 100 peratus di bahu Presiden kerana ia melibatkan pelbagai aspek membabitkan pemain, jurulatih dan sebagainya.

Justeru, beliau meminta Hamidin untuk terus kekal menerajui FAM kerana keseluruhan ahli gabungan berdiri teguh di belakangnya.

Mengenai kongres pula, Sulaiman berkata, para perwakilan sebulat suara telah bersetuju untuk mewujudkan jawatan Timbalan Presiden kedua MUSA yang akan ditentukan oleh beliau nanti.

Usul itu katanya, adalah bertujuan untuk jawatan Timbalan Presiden kedua dapat menjalankan tugas-tugas Presiden.

Ketika ini jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Datuk Yusoff Mahadi
yang juga Timbalan Presiden FAM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.