Lewandowski Pemain Terbaik FIFA - Utusan Malaysia

Lewandowski Pemain Terbaik FIFA

ROBERT LEWANDOWSKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Penyerang Bayern Munich dari Poland, Robert Lewandowski mengekalkan gelaran Pemain Terbaik FIFA, manakala kapten Barcelona, Alexia Putellas dipilih pemenang kategori wanita dalam majlis ‘The Best’ of 2021 awal pagi tadi.

Lewandowski, 33, mencipta rekod jaringan Bundesliga musim lalu bagi mengatasi pemain Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi serta bintang Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah untuk anugerah itu.

“Saya gembira dan ia satu penghormatan memenangi anugerah ini. Saya sangat bangga,” kata Lewandowski yang meledak 48 gol untuk kelab dan negaranya pada musim 2020-2021.

Lewandowski juga menjaringkan tiga gol hujung minggu lalu untuk jumlah keseluruhan 39 gol dalam 33 perlawanan bagi musim 2021-2022. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya