Lewandowski dapat undi Ronaldo, Kane, Bale - Utusan Malaysia

Lewandowski dapat undi Ronaldo, Kane, Bale

ROBERT Lewandowski meraikan kejayaan muncul Pemain Terbaik FIFA 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo antara yang memilih Robert Lewandowski untuk dinobat sebagai Pemain Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2021 semalam.

Aksi cemerlangnya bersama Bayern Munich membolehkan penyerang sensasi Poland itu menerima anugerah Pemain Terbaik kali kedua, mengetepikan calon terdekat, Lionel Messi (Argentina, Paris Saint-Germain) dan Mohamed Salah (Mesir, ­Liverpool).

Selain Ronaldo, bintang berusia 33 tahun itu turut menerima undi daripada kapten England, Harry Kane dan ketua pasukan Wales, Gareth Bale.

Semua kapten skuad kebangsaan dibenarkan memberi tiga undi untuk anugerah FIFA, dan Ronaldo gagal mendapat undi daripada bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Luka Modric (Croatia) dan Bale.

Biarpun bergelut dengan kecederaan pada 2021, Messi mengundi bekas rakan sepasukannya di Barcelona yang kini gandingannya di PSG, Neymar, selain Kylian Mbappe (Perancis, PSG) dan Karim Benzema ­(Perancis, Real Madrid).

Begitupun anugerah yang berlangsung di Zurich itu mencetus kontroversi apabila ramai pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) ‘hilang’ daripada senarai FIFA FIFPRO XI, biarpun kelab negara itu menguasai final Liga Juara-Juara, di mana Chelsea menewaskan Manchester City.

England juga muncul naib juara Kejohanan Eropah (Euro) selepas kalah menerusi penentuan sepakan penalti kepada Itali.

Edouard Mendy dari Chelsea meraih anugerah Penjaga Gol Terbaik FIFA, namun disisihkan daripada Pilihan Terbaik XI, sebaliknya posisi itu diberikan kepada Gianluigi Donarumma (Itali, PSG).

Lebih mengejutkan, Salah berada dalam senarai tiga calon teratas anugerah Pemain Terbaik, namun namanya tiada dalam skuad Pilihan Terbaik XI.

PEMAIN Terbaik Wanita, Alexia Putellas.

“Saya mahu mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan mereka yang tercalon dalam anugerah hari ini.

“Muncul Pemain Terbaik FIFA adalah satu penghormatan besar buat saya, perasaannya sangat hebat.

“Kami mendedikasikan hidup kami untuk menambah baik, cemerlang dan mencapai tahap baharu.

“Kami mendorong badan kami hingga maksimum untuk pasukan, jurulatih dan peminat kami,” kata Lewandowski. – AGENSI

PEMENANG ANUGERAH
FIFA 2021

PEMAIN TERBAIK LELAKI
Robert Lewandowski
(Bayern Munich, Poland)

PEMAIN TERBAIK WANITA
Alexia Putellas
(Sepanyol, Barcelona)

JURULATIH LELAKI TERBAIK
Thomas Tuchel (Chelsea)

JURULATIH WANITA TERBAIK
Emma Hayes
(England / Chelsea)

PENJAGA GOL TERBAIK
Christiane Endler
(Chile/PSG/Lyon)

PENJAGA GOL LELAKI TERBAIK
Edouard Mendy
(Senegal / Chelsea)

PEMENANG PUSKAS
(Gol tercantik)
Erik Lamela (Argentina) – Arsenal lwn Tottenham
(Liga Perdana Inggeris)

ANUGERAH KHAS
Christiano Ronaldo
Christine Sinclair

PENYOKONG TERBAIK
Denmark, Finland

PERMAINAN BERSIH
Skuad kebangsaan Denmark, pasukan perubatan Denmark

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya