Kesabaran kunci ATM Guardians - Utusan Malaysia

Kesabaran kunci ATM Guardians

ATM Guardians kukuh di carta teratas Liga Premier, STL 2021/2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kesabaran tinggi, sikap tenang dan tidak gopoh bagi menyempurnakan setiap tindakan penyudah, telah menjadi senjata berbahaya kepada skuad bimbingan Aswadi Abdullah yang kini berjaya mencipta empat kemenangan daripada empat perlawanan Liga Premier pada kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22.

Naib juara STL empat kali itu juga dilihat memiliki peluang yang lebih cerah, musim ini, untuk merangkul gelaran berdasarkan prestasi semasa mereka.

“Sebenarnya ramai yang bercakap perkara sama. Kami merupakan sebuah pasukan yang sabar. Benda ini yang saya selalu ingatkan kepada pemain.

“Kadang-kadang itu dalam situasi sebenar mereka ini ­masing-masing ada skil, tetapi apabila kita kurang sabar ia akan me­rosakkan persembahan.

“Ia menyebabkan bola kerap terkandas dan pasukan kehilangan mata,” kata Ketua Jurulatih ATM Guardians, Aswadi Abdullah kepada Utusan Malaysia.

Bercakap tentang gelaran pula, Aswadi lebih selesa merendah diri dan beranggapan masih terlalu awal untuk mencongak peluang pasukannya.

“Syukur Alhamdulillah, tetapi masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang gelaran. Sebab bagi saya setiap pasukan belum lengkap kerana ada yang akan tambah pemain import tetapi Insya-Allah, setelah empat kali kami muncul naib juara dan kali kelima mana tahu kami juara tahun ini,” katanya.

Mengulas mengenai pencabar terdekat skuad bimbingannya, peneraju ATM itu memberitahu, jika dilihat dari segi pasukan yang belum kalah, Penang Black Panthers merupakan ancaman terbesar buat anak-anak buahnya.

Bagaimanapun, katanya, Kelantan Warriors dan Kuala Lumpur (KL) Thunder memiliki barisan berpengalaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya