Juara Liga 1 Jepun menanti JDT - Utusan Malaysia

Juara Liga 1 Jepun menanti JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laluan berliku bakal menanti Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini apabila diundi bersama juara Liga 1 Jepun (J1), Kawasaki Frontale dalam Kumpulan I.

Jika JDT turun dengan reputasi juara Liga Super lapan musim berturut-turut, Frontale yang dikatakan dalam proses mengikat Pemain Paling Bernilai (MVP) Piala AFF tiga kali, Chanathip Songkrasin dari Thailand merupakan juara J1 2021, 2020, 2018 dan 2017.

Turut diletak dalam satu kumpulan bersama Harimau Selatan adalah kelab tangga ketiga Liga Super China, Guangzhou FC, manakala satu lagi slot menjadi rebutan antara kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai dan Port FC dari Thailand.

Ini bukan kali pertama JDT diundi bersama kelab Jepun, China, Korea Selatan atau Thailand, namun sedikit melegakan mereka berjaya mengelak diundi bersama juara bertahan yang juga pemilik trofi ACL empat kali, Al-Hilal.

UNDIAN PIALA AFC

 

Gergasi bola sepak Arab Saudi itu akan mengetuai Kumpulan A bersama Al-Rayyan SC, FC Istiklol dan pemenang perlawanan playoff’ antara Sharjah menentang Al-Zawraa.

Aksi peringkat kumpulan akan membuka tirai pada April ini, dan untuk rekod kemenangan pertama JDT dalam saingan kelab elit Asia tersebut adalah menewaskan Kashima Antlers 1-0 di Stadium Larkin pada 2019. Kashima Antlers adalah juara bertahan ketika itu.

Begitupun dalam tiga penampilan pertama dalam ACL sebelum ini, Harimau Selatan belum pernah melepasi peringkat kumpulan.

Sementara itu dalam saingan Piala AFC, juara Piala Malaysia, Kuala Lumpur (KL) City diundi dalam Kumpulan H bersama Tampines Rovers (Singapura), PSM Makassar (Indonesia) dan pemenang playoff di antara Shan United/Ayewady United dari Myanmar.

Naib juara Liga Super musim lalu, Kedah pula berada dalam Kumpulan G bersama Kaya Iloilo (Filipina), Bali United (Indonesia) dan pemenang playoff.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya