Ahmad Jais tak rela Johor 'ditendang' keluar - Utusan Malaysia

Ahmad Jais tak rela Johor ‘ditendang’ keluar

JOHOR Tigris (baju merah biru) perlu segera bangkit jika enggan ditimpa musibah jatuh ke Divisyen 1 musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Ditendang’ ke Divisyen 1 adalah perkara paling menakutkan Johor Tigris ketika pusingan pertama Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 semakin tiba di penghujungnya minggu ini.

Memulakan musim baharu selaku pilihan untuk mencabar kejuaraan Premier, Johor bagaimanapun menghuni tangga tercorot liga ketika ini selepas sekadar melakar satu kemenangan daripada tujuh perlawanan.

Ketua jurulatihnya, Ahmad Jais Baharun berkata, mereka perlu mengelak daripada terus ditimpa kekalahan dan mula mengumpul mata kemenangan.

“Kami memerlukan semangat kemenangan. Saya berharap pemain dapat berjuang habis-habisan untuk dua perlawanan terakhir pada pusingan pertama ini.

“Pasukan tidak mahu meletakkan sasaran luar biasa kerana untuk berada dalam kelompok empat terbaik memang dah tak boleh. Kalau boleh dapat berada dalam kelompok lapan teratas sudah memadai,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ketika ditanya mengenai peluang anak-anak buahnya merebut kedudukan enam terbaik bagi melayakkan Tigris beraksi dalam Piala Juara-Juara, Ahmad Jais enggan meletakkan tekanan ke atas anak-anak buahnya bagi mengejar sasaran tersebut.

“Bagi saya kalau dapat berada dalam kelompok enam terbaik itu bonus buat pasukan tetapi saya tak mahu memberi tekanan kepada para pemain, saya mahu mereka beraksi dengan tenang,” ujarnya.

Mengenai perlawanan menentang Bomba Fighters hari ini dan Penang Black Panthers esok, beliau berkata, pemainnya perlu memperkemaskan permainan dan segera perbaiki kelemahan yang ada bagi mempamerkan prestasi yang konsisten.

Beliau juga mengakui, beliau mendapat tarikh sebenar bila pemain import Swatbanchan Seekhwa dapat hadir ke Malaysia, namun menjangkakan dia akan menyertai Tigris sebaik pusingan kedua bermula.

“Kelewatan ini berlaku gara-gara keputusan Astaf (Persekutuan Sepaktakraw Asia) yang melarang pemain import beraksi dalam STL tetapi selepas kebenaran diberi, saya rasa TAT (Persatuan Takraw Thailand) pula berhati-hati untuk melepaskan pemain mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya