fbpx

Salah sendiri Liverpool tumbang di Leicester

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp mengakui, Liverpool hanya boleh menyalahkan diri sendiri selepas tumbang 1-0 kepada Leicester, di mana Mohamed Salah gagal menyempurnakan penalti awal pagi tadi.

Reds menyaksikan 10 perlawanan tanpa kalah mereka lebur angkara gol Ademola Lookman, sekali gus menjejaskan peluang mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Liverpool kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, City dengan juara bertahan itu akan menentang Brentford awal pagi esok.

Kalah buat pertama kali sejak tewas 3-2 kepada West Ham, November lalu, Reds perlu membayar harga mahal gara-gara mensia-siakan banyak peluang.

MOHAMED Salah gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Kasper Schmeichel menyelamatkan penalti Salah pada babak pertama ketika Liverpool gagal menjaringkan gol dalam liga pertama kali sejak Mac.

“Kami tidak cukup bagus. Kami masih ada banyak peluang. Apa yang kami lakukan dengan bola tidak betul. Kami bermain perlawanan yang buruk.

“Kami sepatutnya boleh bertahan dengan lebih baik. Biasanya kami boleh melakukannya tetapi kenapa kami tidak hari ini ? Sukar untuk dijelaskan. Ada banyak persembahan di bawah tahap normal,” kata Klopp.

Kemerosotan prestasi Liverpool kerana Covid-19 dan kecederaan tampak jelas ketika menentang Leicester yang dibelasah 6-3 oleh City, Ahad lalu.

Ia juga memberikan tekanan tambahan buat mereka bagi mengutip mata maksimum berdepan pencabar gelaran, Chelsea pada saingan Ahad nanti. – AFP

POPULAR

KOSMO! TERKINI